Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah ambil kira sentimen Muslim S’pura, langkah wajar tetap perlu diambil

Tarik perhatian huraian dua negara satu-satu cara Israel, Palestin hidup damai
Oct 20, 2023 | 09:32 PM



Pemerintah mengambil kira dan memahami sentimen masyarakat Muslim di Singapura yang rasa resah tentang konflik di Gaza, namun langkah yang wajar bagi Singapura adalah untuk memelihara hubungan dengan kedua-dua pihak Israel dan Palestin.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata demikian ketika ditemui media di akhir lawatan rasminya ke Arab Saudi pada Jumaat.

Malah tambahnya, Singapura juga wajar melakukan apa yang boleh untuk menghulurkan sokongan kemanusiaan bagi orang awam yang menjadi mangsa di Gaza khususnya dan juga di Israel serta melahirkan kedudukan negara ini, iaitu kedua-dua pihak harus wujud bersama dengan aman.

“Tiada alternatif… dan untuk hidup dengan aman, satu-satunya cara adalah dengan huraian dua negara.

“Ini bermakna Palestin harus akur bahawa Israel mempunyai hak untuk terus wujud serta mempunyai sebuah negara. Israel juga harus akur bahawa Palestin berhak untuk wujud dan hidup di negara mereka sendiri,” ujarnya sambil menambah, usaha perlu terus dijalankan untuk mencapai hasil itu.

Encik Lee juga berkata banyak soalan telah dikemukakan Ahli Parlimen berhubung isu ini dan Parlimen akan mengadakan perbincangan penuh mengenainya pada awal November apabila Parlimen bersidang.

Dalam lawatannya itu, beliau antara lain telah bertemu dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud, dan mengesahkan lagi hubungan dua hala yang baik antara Singapura dengan Saudi.

Antara isu yang ditimbulkan ialah berhubung kuota rasmi haji bagi Singapura.

“Isu kuota haji merupakan sesuatu yang kami akan selalu ingat untuk timbulkan kerana ia satu keprihatinan besar bagi masyarakat Muslim di Singapura. Waktu menunggu untuk tunaikan haji amat lama.

“Pihak Saudi memahami dan kami bertanya jika mereka boleh memberi kami fleksibiliti selama beberapa tahun supaya kami dapat melepaskan sebahagian jumlah mereka yang menunggu, sebelum kembali kepada peruntukan jangka masa panjang.

“Mereka mendengar (permintaan) kami dan saya mempunyai penuh harapan mereka akan mengusahakan sesuatu,” kata Encik Lee.

Beliau juga telah menghadiri Sidang Puncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) di Riyadh pada Jumaat.

Ini merupakan kali pertama Sidang Puncak Asean-GCC diadakan.

Semasa berucap di sidang puncak itu, Encik Lee mengalu-alukan kerjasama lebih rapat antara kedua-dua blok serantau itu.

Menyusuli sidang puncak itu, tiga kenyataan telah dikeluarkan termasuk Rangka Kerja Kerjasama Asean-GCC dan kenyataan bersama, yang menggariskan tiga bidang kerjasama utama iaitu politik-keselamatan, ekonomi dan sosio-budaya.

Dua blok serantau itu turut mengeluarkan Kenyataan Asean-GCC berhubung perkembangan di Gaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >