Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jemaah doa mohon keamanan di Gaza, warga Palestin diselamatkan

Oct 20, 2023 | 07:03 PM



Suasana pilu meliputi perkarangan Masjid Khalid pada Jumaat di kala Imam menadahkan tangan untuk berdoa bagi mangsa dan warga yang terjejas di Palestin.

Meskipun ada yang harus bergegas untuk pulang ke tempat kerja susuli solat Jumaat, ramai jemaah tidak berganjak kerana ingin menunaikan solat hajat bersama-sama yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Fattah Rahman.

Beberapa jemaah yang ditemui Berita Harian (BH) meluahkan rasa syukur masjid-masjid Singapura menganjurkan solat hajat untuk menunjukkan perpaduan bersama warga yang terjejas di Palestin.


“Tiada siapa pun di dunia ini yang suka melihat nyawa hilang. Tujuan kita bersolat hajat ini adalah untuk kita cuba mendapatkan keamanan semula di Gaza dan bagi kemaslahatan rakyat Palestin, tidak kira bangsa atau agama,” kata Encik Samsudin Rahmat, 72 tahun, seorang bekas pemain bola sepak.

Seorang lagi jemaah yang berniaga berdekatan dengan Masjid Khalid, Encik Salim Abdullah, 60-an tahun, turut mengalu-alukan daya usaha tersebut untuk menyatukan masyarakat Melayu/Islam Singapura.

“Saya amat bersyukur dapat solat hajat kerana kita sangat-sangat mengharapkan keamanan di Gaza. Sebab itu kita menunaikan solat hajat bersama masjid-masjid lain. Mudah-mudahan Allah swt menerima doa kita dan keamanan dapat dikembalikan di Gaza,” kata Encik Salim.







Pada Khamis, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengumumkan bahawa sebanyak 34 masjid di serata Singapura akan menunaikan solat hajat berjemaah bermula 20 Oktober untuk memohon keamanan dan kestabilan segera dikembalikan kepada kehidupan warga yang terjejas oleh konflik Israel-Palestin.

Sebanyak 16 masjid termasuk Masjid Khalid, Masjid Darul Ghufran dan Masjid Al-Mawaddah telah mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat pada 20 Oktober.

Pada Khamis malam, Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, telah memimpin sekitar 2,000 jemaah untuk menunaikan solat hajat di Masjid Kassim.

Seorang lagi jemaah yang berniaga di Pasar Geylang Serai, Encik Hashim Mohd Noor, 63 tahun, amat gembira melihat usaha Muis dan Pergas yang prihatin dengan nasib warga Palestin.

“Saya berbesar hati ada satu-satu usaha yang dijalankan oleh kaum Muslimin, Muslimah, pihak-pihak masjid dan pihak Pergas untuk mengadakan solat hajat dan mendoakan untuk saudara kita di Palestin.

“Asatizah di Singapura pun selalu berpesan jangan berhenti berdoa untuk mereka, insya-Allah satu hari pertolongan Allah akan datang,” kata Encik Hashim.

Pada Jumaat juga, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah menganjurkan rayuan mengumpul dana untuk menyalurkan bantuan kepada warga yang terjejas akibat perkembangan terkini di Gaza.

“Kita harus membantu, tak kira bangsa dan agama, kepada sesiapa rakyat di sana yang memerlukan bantuan, baik dari segi kewangan ataupun dari segi pakaian, makanan dan lain-lain.

“Kita harus bersimpati dengan nasib mereka yang tidak ada lampu, air dan sebagainya. Sama-sama kita menyumbang menurut kemampuan kita untuk membantu nasib-nasib mereka yang sedang menghadapi kesusahan di sana,” kata Encik Samsudin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >