Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pemerintah cadang undang-undang kawal pengecas kenderaan elektrik

Rejim pelesenan ke atas pengendali pengecasan EV juga dicadang
Nov 10, 2022 | 05:30 AM



BANGUNAN baru dan yang sedang menjalani kerja ubah suai cukup besar akan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 1.3 kilovolt ampere (kVA) kuasa bagi setiap lot motosikal dan kereta dalam pembangunan pengecasan kenderaan elektrik (EV), di bawah undang-undang yang dicadangkan di Parlimen semalam.



Perlu juga untuk ada cukup tempat mengecas yang dipasang dalam bangunan, yang jika digabungkan, akan menggunakan sekurang-kurangnya seperlima daripada jumlah kuasa itu.



Demikian merupakan antara ciri-ciri Rang Undang-Undang Pengecasan Kenderaan Elektrik, yang akan memberi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) kuasa untuk mengawal selia pengecas EV yang digunakan di Singapura, mengenakan rejim pelesenan ke atas pengendali pengecasan EV, dan memerlukan pengecas EV untuk disediakan dalam bangunan.



Menyatakan kuantiti pengecas EV yang disediakan dalam bangunan menerusi jumlah kuasa kepada bekalan memberi pemilik hartanah fleksibiliti untuk membuat keputusan mengenai jenis pengecas dan bilangan lot.



Berdasarkan kuota itu, mereka boleh memilih untuk menyediakan lebih banyak lot pengecasan EV dengan pengecas yang lebih lembap, kurang menggunakan kuasa atau ruang yang kurang tetapi dilengkapi pengecas lebih pantas.



LTA kemudiannya berkata bahawa berdasarkan perbatuan purata pemandu kereta di Singapura dan jarak berkesan purata bagi EV biasa, seorang pemandu hanya perlu mengecas EV sekali dalam setiap lima hingga tujuh hari.



Di bawah Rang Undang-Undang itu, kapasiti kuasa minimum iaitu 1.3kVA bagi setiap lot motosikal dan kereta akan menyokong tempat mengecas 7.4 kilowatt (kW) dengan keupayaan pengecasan bijak bagi kira-kira satu dalam lima lot meletak kenderaan.



Bagi bilangan tempat mengecas minimum untuk secara kolektif menggunakan seperlima bekalan kuasa yang diwajibkan, ia adalah kira-kira satu dalam 25 tempat meletak kenderaan yang dipasang dengan pengecas 7.4kW yang beroperasi.



Pembangunan yang mempunyai kurang daripada lapan tempat meletak kereta dan motosikal akan dikecualikan daripada perlu memasang tempat mengecas.



Namun, LTA berkata bahawa pembangunan sebegitu masih perlu menyediakan bekalan kuasa apabila menjalani kerja ubah suai yang cukup banyak.



Undang-undang yang dicadangkan juga akan membuatkan ia lebih mudah untuk memasang pengecas EV dalam pembangunan hak milik strata seperti kondominium, dengan merendahkan had kelulusan yang diperlukan bagi huraian sebegitu untuk diluluskan kepada 50 peratus penduduk.



Semalam, LTA berkata industri dan anggota awam akan diberi masa untuk mematuhi undang-undang baru itu, yang dijangka berkuat kuasa pada separuh kedua 2023.



Pengecas sedia ada yang tidak diluluskan boleh terus digunakan dan dijual buat tempoh enam bulan setelah undang-undang berkuat kuasa, sementara syarikat yang menyediakan khidmat pengecasan EV mempunyai 12 bulan untuk membuat pendaftaran untuk terus beroperasi.



Bagi sembilan bulan pertama 2022, pendaftaran EV merangkumi lebih 10 peratus semua pendaftaran kereta baru, hampir tiga kali lebih banyak berbanding kadar tahun lalu.



Singapura mempunyai matlamat untuk mengerahkan 60,000 tempat pengecasan menjelang 2030.



Menjelang akhir 2025, sekurang-kurangnya 12,000 tempat mengecas EV akan beroperasi di kira-kira 2,000 tempat meletak kereta HDB di seluruh Singapura, menyusuli tender pengecasan EV awam berskala besar yang diberikan minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >