Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AKTA PERSARAAN DAN PENGAMBILAN KERJA SEMULA

Pemerintah cuba bantu doktor gigi beralih ke sistem rekod elektronik

Oct 08, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan cuba mencari penyelesaian lebih mudah untuk membantu doktor pergigian dan menyediakan geran IT untuk membantu mereka beralih kepada sistem Rekod Kesihatan Elektronik Nasional (NEHR), kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Sistem NEHR adalah pangkalan data yang mengumpulkan data pesakit merentas klinik, pusat terapi dan hospital berbeza.



Sistem berpusat itu memberi doktor akses kepada data mengenai pesakit yang mungkin telah dirawat di tempat lain dan memberi doktor akses kepada data mengenai pesakit yang mungkin telah dirawat di tempat lain.



Encik Ong, ketika berucap pada pameran dan mesyuarat pergigian antarabangsa, yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Expo Sands semalam, mengakui bahawa timbul kebimbangan oleh para doktor pergigian terhadap sistem IT dan peralihan mengunakan sistem NEHR.



Doktor pergigian kini harus memautkan maklumat pesakit ke dalam sistem NEHR.



"Kami sangat menggalak para doktor pergigian berbuat sedemikian.



"Saya tahu ia tidak mudah, terutamanya untuk pengamal yang masih menggunakan pen dan kertas, dan kami akan cuba tampil dengan penyelesaian yang lebih mudah dan menyediakan geran IT untuk membantu anda membuat peralihan," kata Encik Ong.



Beliau menambah bahawa penggunaan sistem NEHR ini dapat memberi manfaat kepada pesakit.



"Ia penting untuk kita semua menggunakan sistem kebangsaan yang sama, kerana pesakit boleh menjalin hubungan yang sangat baik dengan doktor mereka, dan semua maklumat disimpan oleh seorang doktor.



"Tetapi suatu hari nanti, jika pesakit perlu berjumpa doktor lain, katakan di jabatan A&E, dan jika sistem lain tiada maklumat mengenainya, ia tidak membantu pesakit tersebut," tambah Encik Ong.



"(Peralihan kepada sistem NEHR) Ia adalah usaha sekali, walaupun perit, tetapi pelaburan berbaloi untuk membawa sistem penjagaan kesihatan kita ke tahap baru," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >