Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah faham, sokong belia harungi pelbagai cabaran masa kini: Rahayu

Wakil belia dan dua Anggota Parlimen bincang pelbagai isu berkaitan belia dalam dialog anjuran Berita Harian baru-baru ini.
Sep 15, 2023 | 03:08 PM



Golongan muda masa kini menghadapi cabaran yang berbeza berbanding generasi terdahulu, terutama dengan kemasukan era digital yang pantas berkembang. 

Menyatakan demikian, Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, menambah bahawa media sosial dan wadah digital lain telah mengubah cara belia berinteraksi dan memaparkan diri mereka kepada dunia.

“Anak muda hari ini didefinisikan oleh aktiviti mereka di alam maya, sesuatu yang jauh berbeza daripada zaman saya,” kata beliau mengenai cabaran di ruang siber yang dihadapi belia dan menyuntik harapan kepada generasi muda.

Cik Rahayu berkongsi pandangannya dalam sesi dialog bersama 10 belia pada Selasa. Dialog dua jam anjuran Berita Harian (BH) turut disertai Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakaria.


Antara isu lain yang dibincangkan termasuk cabaran generasi ‘sandwic’ iaitu golongan yang menjaga anak dan juga menjaga ibu bapa, kesukaran mendapatkan pekerjaan dan beberapa cabaran lain yang timbul dalam ruang siber.

Mengambil kira keprihatinan dan cabaran yang dihadapi belia, Cik Rahayu berkata pemerintah memahami isu yang dihadapi belia dan akan terus membantu.

“Pemerintah memahami bahawa kehidupan kini membawa cabaran yang lebih kompleks. Namun, saya ingin menekankan bahawa walaupun jalan yang ditempuh mungkin sukar, ada harapan di penghujungnya.

“Kami berada di sini untuk memberi sokongan dan memastikan anda tidak berasa bersendirian dalam perjuangan ini,” jelas beliau. 

Cik Rahayu juga menekankan peri pentingnya berusaha, kerjasama dan bersepadu dalam masyarakat dalam mengharungi cabaran hari ini. Masyarakat yang lebih adil dan sejahtera dapat dibina menerusi kerjasama dan persefahaman.

Menghargai inisiatif BH memastikan suara belia didengar, beliau berkata ruang dialog seperti itu membolehkan persepsi yang salah diperbetul dan informasi tentang usaha pemerintah disampaikan dengan tepat.


“Jambatan persefahaman antara pemerintah dan belia dapat diperkukuhkan demi masa depan negara yang lebih cerah melalui dialog seperti itu,” kata beliau sambil menggesa generasi muda bekerja sama dalam berkongsi informasi tentang usaha pemerintah.

Dialog tersebut dihadiri oleh 10 wakil dari pelbagai pertubuhan.

Mereka terdiri daripada anggota Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Encik Abdul Rauf Abdul Rahim, 27 tahun, guru pelatih di Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan relawan PPIS di cawangan Bedok dan Jurong; Cik Siti Nursyafiqah Imran, 23 tahun, penganalisis keselamatan di Kyndryl, serta Cik Suria Insyirah Suparja, 18 tahun yang kini pelajar program diploma sambil bekerja di ITE.

Turut bersama adalah dua perwakilan dari Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) – Encik Abdul Rahman Mochamad Sandisi, 26 tahun, Eksekutif Kepimpinan Agama Pergas dan Cik Maisurah Mohamed Rafii, 25 tahun, pegawai Penyelidikan dan Pembangunan Pergas.

Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi (4PM) turut menghantar wakil relawannya yang terdiri dari Encik Kamal Ashraf Kamil Jumat, 22 tahun, pelajar Undang-Undang NUS; Cik Nurul Natasha Azlin, 26 tahun, Pegawai Eksekutif Kanan 4PM dan Cik Nur Insyirah Zakariah, 19 tahun yang merupakan seorang pelajar Media, Seni & Reka Bentuk di Politeknik Singapura (SP).

Satu-satunya wakil dari masjid merupakan relawan Belia Masjid Al-Ansar, Cik Nursarah Yazid, 20 tahun manakala Perdaus diwakili oleh Cik Iffah Hannah Osman, 27 tahun, pelajar di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Berkongsi pandangannya selepas dialog, Encik Rauf dan Encik Kamal berkata sesi itu tidak hanya memberi pencerahan, tetapi juga memberi mereka peluang berinteraksi secara langsung dengan pemimpin masyarakat.

Encik Kamal berkata, sesi itu memberi ruang kepada belia mengetengahkan pelbagai isu yang dihadapi seperti pekerjaan, agama, identiti serta amalan budaya dan adat Melayu yang kian terhakis dan bagaimana ia boleh ditangani.

Encik Rauf pula berkata isu yang ditimbulkan dan penjelasan mengenai sokongan pemerintah memberi beliau motivasi dan harapan bahawa ia boleh ditangani dengan usaha bersama.

Perbincangan serupa itu harus diteruskan agar suara golongan muda terus didengar dalam rangka membantu golongan muda mempertingkat diri dan mencapai cita-cita mereka, tambah beliau.

Sesi itu dikendalikan oleh Editor Bersekutu BH, Encik Nizam Ismail, sebagai moderator.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >