Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah komited sokong media S'pura maju, sedia kandungan bermutu

Justeru pemerintah suntik dana bagi transformasi SPH Media Trust, Mediacorp, kata Josephine; Buku tentang evolusi, masa depan industri media S'pura turut dilancar
May 17, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH komited menyokong media setempat untuk terus berkembang maju dan menyediakan kandungan bermutu tinggi yang boleh dipercayai kepada semua warga Singapura.



Itulah sebabnya ia menyuntik dana untuk menyokong usaha transformasi kedua-dua SPH Media Trust dan Mediacorp.



Demikian menurut Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, pada Selasa.



"Media setempat kita telah berjaya memelihara dan membina kepercayaan orang ramai sepanjang tahun kerana mereka sentiasa berusaha untuk menyediakan laporan tepat, objektif dan tepat pada masanya.



"Mereka terus menjangkau sebahagian besar warga Singapura, walaupun persaingan untuk mendapatkan perhatian semakin sengit.



"Kami mahu media setempat terus berkembang maju dan menyediakan kandungan setempat bermutu tinggi dan boleh dipercayai kepada semua warga Singapura," kata Cik Teo.



Beliau berkata demikian pada pelancaran buku Stewardship of the Singapore Media: Staying the Course yang ditulis Felo S R Nathan ke-11 bagi Kajian Singapura di Institut Pengajian Dasar (IPS), Encik Patrick Daniel.



Cik Teo akur akan kepentingan media setempat yang boleh dipercayai lebih-lebih lagi dalam "tempoh genting" perubahan pesat dalam alam digital sekarang.



"Maklumat palsu semakin berleluasa. Pada masa yang sama, model perniagaan saluran media tradisional telah diganggu oleh platform dalam talian yang besar.



"Saluran media Singapura tidak terkecuali daripada serangan digital ini," katanya.



Cik Teo menambah media dan pemerintah mesti beroperasi atas dasar saling mempercayai dan menghormati.



Hubungan sedemikian telah memainkan peranan penting sepanjang kewujudan Singapura sebagai negara yang merdeka, jelas beliau.



Isu-isu tersebut merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam buku hasil karya Encik Daniel yang dilancarkan di Universiti Nasional Singapura (NUS) petang Selasa.



Beliau merupakan wartawan dan editor veteran yang pernah berkhidmat dengan Singapore Press Holdings (SPH) selama lebih tiga dekad.



Sebelum kerjayanya dalam industri media, beliau bertugas dalam perkhidmatan awam termasuk sebagai Pengarah di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Buku tersebut merupakan kompilasi tiga kuliah yang disampaikan Encik Daniel sebagai Felo IPS.



Antaranya ia menyentuh kebebasan akhbar dan evolusi industri media Singapura, cabaran yang dihadapi industri media global dengan adanya Internet, serta masa depan media dan kewartawanan di Singapura.



Dalam ucapannya semasa pelancaran buku itu, Encik Daniel berkata media Singapura merupakan "kajian kes yang menarik tentang pengurusan".



"Di Singapura, pemilikan syarikat media dihadkan dengan ketat.



"MCI (Kementerian Perhubungan dan Penerangan) mempunyai undian muktamad mengenai pelantikan pengerusi dan pengarah.



"Editor dan wartawan secara amnya dibiarkan menjalankan tugas profesional mereka.



"Saya tahu pengkritik mungkin tidak bersetuju, tetapi bagi saya rejim ini meninggalkan banyak ruang untuk kewartawanan yang baik dan bermakna," ujar Encik Daniel.



Buku Stewardship of the Singapore Media: Staying the Course boleh didapati di kedai buku utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >