Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: PEJABAT PERDANA MENTERI

Pemerintah labur secara aktif dalam pegawai khidmat awam

Feb 25, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan terus melabur secara aktif dalam pegawai perkhidmatan awam agar membina kecekapan yang lebih luas dan lebih mendalam dalam bidang masing-masing.



Ini diperkukuh lagi dengan pelbagai peluang pembangunan "belajar dengan melakukan" seperti giliran pekerjaan secara berstruktur, pekerjaan gig antara agensi dan program latihan bekerja, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, sewaktu perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Divisyen Perkhidmatan Awam di Parlimen pada Jumaat.



Menyatakan bagaimana pengajaran daripada Covid-19 boleh diambil dalam usaha transformasi sektor awam, Encik Chan berkata perkhidmatan awam perlu mengekalkan ingatannya tentang pengurusan krisis dan memperkukuh keupayaan merancang bagi masa depan.



Beliau menambah bahawa mereka sedang meningkatkan kemahiran pegawai untuk memenuhi permintaan baru dalam dunia pasca-Covid-19.



"Ini memerlukan pegawai kami menimba kemahiran dalam bidang seperti perancangan senario, mengenal pasti risiko, analisis data dan memahami keadaan. Kemahiran ini bukan hanya berguna dalam krisis, tetapi juga bagi kerja perkhidmatan awam dalam dunia yang dinamik dan tidak menentu," katanya.



Selain itu, beliau menekankan kepentingan pegawai daripada agensi berbeza agar bekerjasama untuk menangani isu rakyat.



Pemerintah akan terus mengadakan lebih banyak perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada rakyat, daripada berdasarkan agensi.



Beliau menukil contoh khidmat digital Pengesyor Perkhidmatan Penjagaan atau 'Care Services Recommender', yang membantu golongan penjaga untuk mencari skim dan perkhidmatan yang sesuai merentas agensi dengan cepat, mudah, menerusi satu tempat.



Pemerintah juga sedang membina rangkaian pusat ServiceSG fizikal yang bertujuan menjadi pusat sehenti bagi rakyat.



ServiceSG akan membuka satu lagi pusat satelit di Kelab Masyarakat Bukit Canberra menjelang pertengahan tahun ini, katanya.



Dalam pada itu, Encik Chan berkata Covid-19 telah mengajar bahawa pertubuhan dan kakitangan perlu lincah.



"... Pandemik ini menekankan kepentingan mempunyai sistem berpusat bagi mengenal pasti dan mengerahkan semula permintaan tinggi tenaga kerja merentas agensi dengan cepat untuk menyokong fungsi krisis kritikal. Sedang kita keluar daripada pandemik ini, divisyen perkhidmatan awam sedang menubuhkan struktur secara sistematik untuk melakukan demikian, supaya kami lebih bersedia bagi krisis masa depan," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >