Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah pantau harga pam minyak, tiada bukti pakatan sulit: See Leng

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang memantau rapat harga pam minyak, dan mendapati perubahan harganya sejajar dengan perubahan harga minyak mentah sejauh ini, kata Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.



Tiada bukti terdapat pakatan sulit dalam kalangan peruncit petrol.



"Hingga hujung Mac 2022, harga minyak mentah adalah sekitar 40 peratus berbanding Januari 2022, manakala harga petrol dan diesel, secara purata, masing-masing adalah sekitar 15 peratus dan 30 peratus lebih tinggi," ujar Dr Tan.



Beliau berkata demikian dalam kenyataan menterinya bagi menjawab pertanyaan pelbagai Anggota Parlimen (AP) mengenai inflasi dan kos perniagaan yang meningkat, serta keprihatinan mereka tentang pencatutan.



"Saya ingin memberi jaminan kepada Dewan bahawa pemerintah memantau rapat harga barangan dan perkhidmatan penting, dan tidak akan tergesa-gesa untuk menyiasat sikap yang antipersaingan," ujar Dr Tan.



Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) juga memantau rapat perubahan harga pam minyak.



"CCCS akan mengambil tindakan penguatkuasaan tegas, termasuk mengenakan denda kewangan ke atas firma bersalah, jika terdapat bukti sikap antipersaingan, seperti kenaikan harga yang disepakati, dalam mana-mana industri," ujar Dr Tan.



Untuk mengelak harga yang tidak munasabah, pemerintah juga menyokong usaha memastikan pengguna meraih maklumat tentang pilihan alternatif.



Contohnya, aplikasi Price Kaki dan laman Fuel Kaki yang dibangunkan Persatuan Pengguna Singapura (Case) membolehkan pengguna membandingkan dengan mudah harga barang runcit, makanan penjaja, serta harga pam minyak yang ditawarkan pelbagai peruncit.



Case juga akan meningkatkan aplikasi Price Kaki untuk membolehkan pengguna membandingkan harga barangan serupa berdasarkan berat dan isi padu.



Ini akan membantu pengguna membuat keputusan pembelian yang lebih baik, jika peruncit mengekalkan harga tetapi mengurangkan kuantiti produk.



Selain itu, Jawatankuasa Mencegah Pencatutan (CAP) juga telah ditubuhkan semula menjelang kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



Jawatankuasa itu akan menyiasat maklum balas mengenai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan penting yang tidak munasabah, menggunakan kenaikan GST sebagai alasan.



Pengerusi CAP, Cik Low Yen Ling, telah berkata sebelum ini bahawa tugas jawatankuasa itu akan lebih rumit disebabkan iklim inflasi sekarang.



Bagaimanapun, jawatankuasa itu akan menyemak dan menilai semua maklum balas yang diterimanya dan mendekati perniagaan jika perlu.



CAP juga mungkin menamakan perniagaan yang menggunakan kenaikan GST sebagai alasan menaikkan harga.



Dalam ucapannya, Dr Tan berkata beliau faham mengapa ramai AP prihatin tentang sikap antipersaingan.



"Sikap sedemikian menaikkan kos secara palsu kepada isi rumah dan perniagaan.



"Kami akan bekerjasama dengan rakan industri untuk mempelbagaikan rantai bekalan kami, menyiasat sikap antipersaingan, menggalakkan ketelusan harga, dan membolehkan persaingan pasaran bebas untuk berfungsi seperti biasa.



"Akhirnya, inilah cara terbaik untuk melindungi kepentingan pengguna," kata Dr Tan.




"CCCS (Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura) akan mengambil tindakan penguatkuasaan tegas, termasuk mengenakan denda kewangan ke atas firma bersalah, jika terdapat bukti sikap antipersaingan, seperti kenaikan harga yang disepakati, dalam mana-mana industri."
- Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >