Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah pastikan warga mampu ada rumah, penjagaan kesihatan: Masagos

Rebat imbangi kenaikan GST akan datang turut diagihkan
Mar 20, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan memastikan warga Singapura akan terus mempunyai akses kepada rumah dan jagaan kesihatan yang dimampui selain menyediakan pelbagai rebat untuk menghadapi kenaikan cukai barangan dan perkidmatan (GST) akan datang, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas keprihatinan mengenai kos sara hidup yang ditimbulkan para pemimpin akar umbi dan badan-badan Melayu/Islam (MMO), semasa Dialog Pasca Belanjawan M³ 2022, malam kelmarin.



Dialog itu turut dihadiri Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan anggota parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.



"Mengenai keprihatinan tentang kos sara hidup, saya memberi jaminan bahawa Pemerintah akan memastikan warga Singapura terus berkemampuan untuk mendapatkan perumahan dan penjagaan kesihatan," tulis Encik Masagos di Facebooknya.



Selain itu, Encik Masagos turut menggesa para pekerja agar meningkatkan kemahiran dan membina keupayaan supaya terus diambil bekerja.



Syarikat-syarikat juga tambahnya, perlu menjalin rangkaian di dalam dan di luar negara, serta memanfaatkan skim-skim sedia ada untuk menjadi lebih berdaya saing.



Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam juga akur akan masalah yang dihadapi para pemimpin semasa membantu keluarga yang mudah terjejas.



Menurutnya, ahli-ahli panel bersetuju bahawa adalah penting untuk membina kepercayaan dengan keluarga-keluarga tersebut dan usaha tersebut mungkin mengambil masa.



Justeru, kata Encik Masagos, dengan adanya M3, melalui usaha seperti Bersamamu dan Projek ARIF Yayasan Temasek, bantuan dapat dihulurkan seawal mungkin.



Bersamamu merupakan program di mana para kadi dan naib kadi membimbing mempelai Melayu/Islam sepanjang dua tahun pertama perkahwinan mereka manakala Projek Arif pula bertujuan menyediakan bimbingan agama, perkahwinan, perubatan dan keibubapaan oleh kumpulan naib kadi, kakitangan masjid dan karyawan penjagaan kesihatan daripada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



"Saya menyeru para pemimpin untuk membantu kita mengukuhkan institusi keluarga kita.



"Keluarga-keluarga, tidak kira keadaan sosioekonomi mereka, adalah institusi penting yang menjadi tulang belakang kita sedang kita terus maju sebagai sebuah negara.



"Inilah yang menjadi sebab utama mengapa tahun ini adalah Tahun Meraikan Keluarga Singapura," katanya lagi.



Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur dialog - Persatuan Rakyat - serta seluruh pemimpin masyarakat dan rakan-rakan parlimen atas perbincangan itu dan menggesa agar semua pihak terus bekerjasama untuk memacu masyarakat ke arah kejayaan yang lebih besar.



Laporan lanjut: Keluarga kuat tunggak kejayaan masyarakat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >