Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah sedia hulur bantuan tambahan bagi tangani tekanan kos sara hidup

Nov 07, 2023 | 09:45 PM



Pemerintah kekal berwaspada terhadap situasi global yang boleh berubah biarpun inflasi semakin stabil, kata Pemangku Menteri  Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat di Parlimen pada Selasa.

Memberi jaminan semasa membahaskan tentang kos sara hidup, Pemerintah katanya, sedia menghulurkan bantuan tambahan untuk membantu rakyat negara ini menangani kesan inflasi sedunia dan kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Parti Pekerja (WP) telah memfailkan satu usulan yang menggesa pemerintah mengkaji semula dasar bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup ke atas rakyat Singapura.

Dalam ucapannya, Encik Chee berkata, pemerintah tetap mengambil langkah berwaspada di sebalik keadaan global masih tidak menentu.

Kejutan selanjutnya kepada harga tenaga dan bahan api global boleh membawa tekanan inflasi tambahan dan kelembapan ekonomi, tambahnya.

Meskipun terdapat banyak ketidaktentuan dalam persekitaran luaran, Encik Chee menegaskan pemerintah memahami kebimbangan rakyat Singapura dan bersedia menyokong mereka.

“Pemerintah telah mengurangkan kesan inflasi global terhadap isi rumah dengan menggunakan pendekatan pelbagai serampang yang berkesan.

“Kami akan terus memastikan keperluan asas seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam kekal mudah diakses dan mampu dimiliki oleh semua.

“Semua orang akan menerima bantuan, tetapi mereka lebih memerlukan akan menerima lebih banyak sokongan. Ia adalah sistem yang adil dan progresif,” tambahnya.

Parlimen pada Selasa bersetuju tekanan kos sara hidup merupakan satu kebimbangan, dan Anggota Parlimen (AP) dari kedua-dua belah Dewan bersependapat bahawa bantuan perlu diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

Namun begitu, AP dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan WP masing-masing mempunyai pandangan mereka yang tersendiri.

Dalam membahaskan tentang usul yang dibentangkan WP, Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh menggesa pemerintah untuk mengkaji semula dasar bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup ke atas rakyat Singapura.

Beliau antara lain mencadangkan agar bil air dikurangkan bagi mereka yang menjimat air.

Encik Pritam menambah langkah ini perlu diselaraskan bersama dengan rejim Cukai Pemuliharaan Air yang bertahap dan merentasi pelbagai peringkat.

Beliau menegaskan bahawa Dewan “tidak boleh meninggalkan sebarang masalah tanpa diselesaikan kerana bagi sesetengah rakyat Singapura, ini telah menjadi krisis kos sara hidup”.

“Saya mengulangi gesaan dalam usul ini agar pemerintah mengkaji semula semua skim sedia ada, menjadikannya sesuai untuk tujuan dalam persekitaran inflasi yang semakin memuncak ini, supaya dapat menyokong rakyat Singapura dengan lebih baik daripada kenaikan harga barangan, yang akan berterusan terutamanya dengan kenaikan GST akan datang,” tambahnya.

Sementara itu, Encik Liang Eng Hwa (Bukit Panjang), menyarankan agar parti pemerintah mengubah usul yang dibentangkan WP.

Beliau berkata Singapura perlu mempertimbangkan bagaimana untuk meneruskan dasar yang dapat “mengurangkan tekanan kos sara hidup” rakyat Singapura sambil “tidak menjejaskan kemampanan fiskal” dan “bertanggungjawab kepada generasi akan datang”.

Encik Chee pula berkata pemerintah sentiasa menyemak dasar negara, termasuk sebagai sebahagian daripada Melakar Hala Tuju Singapura.

Beliau menambah beberapa perubahan telah pun diumumkan, termasuk Pakej Majulah untuk warga emas lebih muda dan model klasifikasi perumahan baru.

Inisiatif baru juga telah dicadangkan, seperti skim sokongan penggajian semula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >