Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerintah terima semua saranan Majlis MediShield Hayat: MOH

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



PEMERINTAH telah menerima semua saranan Majlis MediShield Hayat untuk menyediakan perlindungan yang memadai dan bermakna kepada warga Singapura melalui sokongan subsidi premium hingga $2.2 bilion bagi tiga tahun akan datang.



Kementerian Kesihatan (MOH) semalam berkata perubahan tersebut, menyusuli semakan skim yang dibuat oleh majlis itu awal tahun ini, akan dilaksanakan Mac depan.



Ia berkata pemerintah, setelah perundingan awam mengenai saranan tersebut, akan menangguhkan pembayaran premium bagi mereka yang tidak mempunyai baki MediSave yang mencukupi untuk membayar premium mereka hingga hujung Disember depan.



Warga emas Generasi Perintis juga akan menerima tokokan MediSave lebih tinggi.



Langkah-langkah itu akan memastikan kenaikan premium bersih bagi semua warga Singapura tidak lebih daripada sekitar 10 peratus dalam tahun pertama, kata MOH.



Awal tahun ini, pemerintah mengumumkan bahawa subsidi premium dan sokongan hingga $2.2 bilion akan disediakan bagi tiga tahun akan datang untuk membantu penduduk Singapura dengan premium MediShield Hayat mereka.



Ini termasuk $1.8 bilion bagi subsidi premium sedia ada dan langkah-langkah sokongan untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, Generasi Perintis dan Generasi Merdeka serta golongan yang memerlukan sokongan kewangan.



Sebahagian daripada sokongan itu adalah subsidi Covid-19 sekali sebanyak $360 juta subsidi untuk semua warga Singapura selama dua tahun untuk mengurangkan kesan penyesuaian premium semasa pandemik itu.



Ini akan mengurangkan 70 peratus kenaikan premium bersih pada tahun pertama, diikuti 30 peratus pada tahun kedua.



Bersama dengan langkah sokongan premium sedia ada, ini bermakna kenaikan premium bersih untuk warga Singapura akan dipastikan tidak lebih daripada sekitar 10 peratus pada tahun pertama.



Mereka yang memerlukan sokongan kewangan juga boleh membuat permohonan bagi sokongan premium tambahan untuk bantuan dengan premium mereka, tambah MOH,



Bagi memastikan premium kekal dimampui warga emas Generasi Perintis, pemerintah akan memberi mereka tokokan MediSave tahunan lebih tinggi antara $250 dengan $900 mulai tahun depan.



Buat masa ini, golongan itu menerima tokokan MediSave tahunan $200 hingga $800, yang boleh digunakan untuk membiayai premium MediShield Hayat mereka.



Dengan peningkatan itu, premium bagi warga emas Generasi Perintis berusia 86 tahun dan ke atas tahun ini akan dibiayai sepenuhnya oleh subsidi dan tokokan MediSave.



Bagi warga emas Generasi Perintis lebih muda, sekitar dua pertiga premium MediShield Hayat mereka akan dibiayai.



Menyentuh perubahan itu, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong semalam berkata: "MediShield Hayat diciptakan untuk memastikan warga Singapura akan dilindungi daripada bil hospital yang besar seumur hidup mereka.



"Untuk memastikan skim ini dapat terus relevan dan berkekalan, pemerintah telah menerima saranan Majlis MediShield Hayat untuk meningkatkan skim itu dan menyesuaikan premium.



"Kami akan menyediakan hingga $2.2 bilion dalam bentuk sokongan dan subsidi premium, termasuk subsidi Covid-19 tambahan untuk semua warga Singapura.



"Kami akan memastikan MediShield Hayat terus memberikan perlindungan untuk semua warga Singapura, seumur hidup, dan memastikan premium kekal berpatutan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >