Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemerolehan Tech in Asia oleh SPH Media sejajar pembiayaan pemerintah: Josephine

Nov 23, 2023 | 06:43 PM



Pengambilalihan syarikat media teknologi, Tech in Asia (TIA), oleh SPH Media Trust (SMT) adalah sejajar dengan tujuan pembiayaan pemerintah dan menyokong rancangan transformasi kumpulan itu, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, pada 22 November.

Dalam jawapan bertulis soalan parlimen oleh Anggota Parlimen Parti Pekerja, Encik Louis Chua (GRC Sengkang), Cik Teo menjelaskan bahawa pembiayaan tahunan $180 juta untuk SMT dalam tempoh lima tahun akan diperuntukkan untuk pembangunan teknologi, pembangunan bakat dan pemeliharaan media vernakular.

Bagi memastikan penggunaan dana awam secara berhemat, Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) telah memantau dengan teliti prestasi dan penggunaan dana SMT dalam menyokong bidang ini, katanya.

Awal daripada itu, pada 2023, SMT telah memaklumkan kepada kementerian tentang rancangannya untuk memperoleh TIA dan membiayainya melalui sumber sedia ada, kata Cik Teo.

Menekankan autonomi SMT sebagai entiti komersial, Cik Teo menyatakan bahawa pemerintah “tidak campur tangan dalam keputusannya” tetapi memberitahu bahawa “pemerolehan menyokong transformasi SMT dan sejajar dengan tujuan pembiayaan pemerintah”.

Syarat kewangan pemerolehan tidak didedahkan kerana sensitiviti pasaran.

Pada 1 November, SMT mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian untuk memperoleh TIA, yang akan mengukuhkan penawaran kumpulan itu, khususnya The Business Times (BT).

“Sinergi daripada pemerolehan yang dicadangkan akan memperdalam nilai BT kepada perniagaan dan pembaca di rantau ini, serta mempercepatkan matlamatnya untuk menjadi pemain serantau bagi berita perniagaan dan teknologi dan acara,” kata SMT pada masa itu.

Encik Chua juga bertanya mengenai langkah mencegah risiko pengumpulan dalam industri media tempatan, iaitu pemusatan beberapa perusahaan dalam suatu daerah atau wilayah.

Cik Teo berkata pandangan yang lebih luas dan terkini tentang landskap media harus diambil.

Dengan kemunculan media sosial dan digital, industri media telah menyaksikan pemecahan dan persaingan sengit yang meningkat di peringkat global dan tempatan, dengan pelbagai bentuk kandungan yang ditawarkan merentas pelbagai wadah, katanya.

“Namun, seperti juga industri lain, pemerintah akan terus melindungi pengguna dan menghalang amalan anti-persaingan, dan akan mengambil langkah untuk menggalak perlakuan pasaran yang adil dan cekap di mana perlu,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >