Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik F&B siap, sudah mula terima tempahan lapan orang

Dec 28, 2020 | 05:30 AM



MENYUSULI kelonggaran sekatan yang dikuatkuasakan hari ini, beberapa tempat makan dan minum (F&B) di sini sudahpun menerima tempahan untuk lapan orang.



Beberapa pemilik restoran yang dihubungi Berita Harian (BH) semalam berkata tempahan untuk hari pertama Fasa Tiga hampir penuh selepas mereka dibenarkan menerima tempahan daripada kumpulan tidak melebihi lapan orang.



Pemilik restoran The Malayan Council, Encik Mohamad Hafiz Salim Al-Khatib, berkata sehingga semalam hampir kesemua tempat duduk di restorannya telahpun ditempah.



"Ramai pelanggan yang menghubungi kami sejak beberapa hari lalu untuk membuat tempahan. Ini merupakan satu berita baik untuk mereka, terutama yang mempunyai keluarga lebih daripada lima orang.



"Kini mereka dapat duduk dan menjamu selera di luar bersama, tanpa perlu duduk berasingan dan tidak dibenarkan bergaul," katanya yang memiliki tiga cawangan di Bussorah Street, Dunlop Street dan Winstedt Road.



Menurut pengarah urusan Rumah Makan Minang Pte Ltd, Encik Hazmi Zin, mereka juga akan membuat penyesuaian untuk Fasa Tiga ini dengan memperkenalkan semula sistem tempahan meja untuk kumpulan tidak lebih lapan orang selepas menyaksikan perniagaan kembali rancak sewaktu Fasa Dua



"Kami mahu beri peluang kepada pelanggan kami yang hendak datang dengan ahli keluarga mereka. Sekiranya mereka membuat tempahan, mereka tidak perlu khuatir tentang masa menunggu dan jika mereka perlu duduk di meja berasingan," kata Encik Hazmi.



Bagaimanapun, semua pemilik bersependapat bahawa mereka harus meningkatkan lagi usaha bagi memastikan pelanggan mematuhi langkah pengurusan selamat yang ditetapkan.



Cef selebriti Amri Abdul Azim yang memiliki restoran Steak Me di Jalan Kayu, berkata kelonggaran ini tidak bermakna mereka mampu mengambil sikap sambil lewa.



Antara pendekatan yang akan diteruskan termasuk memantau sikap pelanggan dan mengingatkan mereka tentang langkah pengurusan selamat.



Kakitangan restoran itu juga akan memastikan terdapat ruang yang mencukupi walaupun mereka perlu menambah bilangan tempat duduk bagi memenuhi permintaan baru ini.



"Setiap hari sebelum kami membuka restoran, kami akan membuat ukuran untuk memastikan meja berada dalam jarak satu meter.



"Kalau boleh kami mahu elak perkara yang tidak diingini berlaku seperti disaman dan sebagainya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >