Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik restoran harap Baucar CDC beri kesan positif

Jan 05, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN menjangkakan kos operasinya akan meningkat tahun ini dek kenaikan harga serta kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST), rangkaian makanan dan minuman (F&B) halal popular, Yassin Kampung Seafood, tetap tidak menaikkan harga hidangan dalam menu mereka.



Oleh itu, pemiliknya, Encik Muhd Yassin Ng, 60 tahun, berharap orang ramai dapat terus menyokong dan melanggani mereka.



Ini lebih-lebih lagi dengan Skim Baucar CDC 2023 yang dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, kelmarin.



Daripada Baucar CDC 2023 berjumlah $300 yang diberikan kepada sekitar 1.238 juta isi rumah warga Singapura, separuh daripadanya atau sebanyak $150 boleh digunakan di sekitar 20,300 gerai penjaja dan kedai kejiranan yang mengambil bahagian dalam skim itu.



Baki $150 daripada Baucar CDC 2023 itu boleh digunakan di pasar raya yang mengambil bahagian dalam skim tersebut.



Ini merupakan kali pertama Baucar CDC boleh digunakan di pasar raya sejak skim itu diperkenal.



Encik Yassin berkata Yassin Kampung Seafood telah menyertai skim tersebut sejak Skim Baucar CDC diperkenal dan hasilnya amat bermanfaat bagi perniagaannya.



"Skim Baucar CDC ini amat bermanfaat dan saya lihat ramai pelanggan kami menggunakan baucar ini.



"Sebelum ini, ia dapat membantu perniagaan saya yang terjejas akibat Covid-19.



"Sekarang, dalam keadaan ekonomi yang mencabar dengan kenaikan harga dan GST, saya harap Skim Baucar GST 2023 ini dapat terus memberi kesan positif pada perniagaan saya," ujar beliau.



Bercakap dengan Berita Harian, Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, berharap lebih banyak perniagaan dapat menyertai skim tersebut dan menggalak orang ramai memanfaatkannya.



"Ini merupakan tahun ketiga sejak kami melancarkan Skim Baucar CDC bagi semua isi rumah warga Singapura pada 2021.



"Usaha Singapura memerangi pandemik ini telah memaparkan daya tahan kita sebagai sebuah negara dan saya gembira skim ini dapat terus membantu warga Singapura dan perniagaan di kawasan kejiranan mengharungi masa yang sukar ini.



"Saya mengalu-alukan penyertaan lebih banyak perniagaan dalam skim ini dan saya juga amat menggalak penduduk menggunakan Baucar CDC anda," ujar beliau.




APA KATA



FAHMI ALIMAN



"Usaha Singapura memerangi pandemik ini telah memaparkan daya tahan kita sebagai sebuah negara dan saya gembira skim ini dapat terus membantu warga Singapura dan perniagaan di kawasan kejiranan mengharungi masa yang sukar ini. Saya mengalu-alukan penyertaan lebih banyak perniagaan dalam skim ini dan saya juga amat menggalak penduduk menggunakan Baucar CDC anda."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >