Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik rumah perlu bayar cukai hartanah lebih tinggi tahun depan

Pemerintah sedia rebat cukai hartanah sekali sahaja sehingga $60
Dec 03, 2022 | 05:30 AM



KEBANYAKAN pemilik rumah perlu membayar cukai hartanah yang lebih tinggi pada 2023 kerana pihak berkuasa menaikkan nilai tahunan kebanyakan hartanah kediaman disebabkan peningkatan dalam penyewaan.



Untuk mengimbanginya, pemerintah akan memberikan rebat cukai sekali sahaja sehingga $60 untuk semua hartanah yang diduduki pemilik, kata Kementerian Kewangan (MOF) dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (IRAS) dalam satu kenyataan semalam.



Nilai tahunan kebanyakan hartanah kediaman persendirian dan rumah pangsa Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan dinaikkan mulai 1 Januari 2023, sebagai sebahagian daripada kajian tahunan hartanah IRAS untuk mengira berapa banyak cukai yang perlu dibayar, kata pihak berkuasa.



Pemilik flat satu bilik dan dua bilik tidak akan membayar cukai hartanah kerana nilai tahunan rumah mereka kekal di bawah $8,000.



Majoriti yang tinggal di jenis flat HDB lain akan membayar antara $30 dan $70 lebih dalam cukai harta berbanding 2022, selepas mengambil kira rebat, kata pihak berkuasa.



Mereka yang tinggal di flat tiga bilik masing-masing akan membayar antara $7 dan $30 lebih selepas rebat, manakala mereka yang tinggal di flat empat bilik, lima bilik dan eksekutif akan masing-masing membayar antara $33.60 dan $67.20 lebih.



IRAS memantau trend sewa pasaran untuk menentukan nilai tahunan hartanah. Sejak semakan terakhir nilai tahunan, sewa flat HDB dan rumah persendirian telah meningkat lebih daripada 20 peratus, kata pihak berkuasa.



Nilai tahunan untuk sebuah hartanah adalah anggaran sewa tahunannya jika ia akan disewakan, dan ditentukan berdasarkan sewa pasaran hartanah setanding.



Skim sokongan sosial yang menggunakan nilai tahunan untuk menentukan kelayakan skim seperti Skim Baucar GST, subsidi premium MediShield Life, dan Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja, tidak akan terjejas oleh semakan nilai tahunan pada 2023.



Ini kerana nilai tahunan pada 2022 akan digunakan untuk menentukan kelayakan skim pada 2023.



Pemerintah akan terus mengkaji skim sokongan sosial untuk memastikan rakyat Singapura yang memerlukan sokongan layak menerimanya.



Pemilik hartanah yang mengalami kesukaran kewangan digalakkan meminta bantuan daripada IRAS tentang pelan pembayaran sebelum 31 Januari 2023.



IRAS menggalakkan pemilik hartanah agar menyertai GIRO untuk menikmati ansuran bulanan tanpa bunga sehingga 12 bulan.



Pembayar cukai yang mempunyai akaun bank dengan DBS/POSB, UOB atau OCBC boleh memohon GIRO melalui perbankan Internet dan akan menerima kelulusan serta-merta.



Penalti 5% akan dikenakan kepada pemilik hartanah yang gagal membayar atau belum mengatur pembayaran cukai mereka melalui ansuran GIRO selepas tarikh tamat tempoh.



Pemilik hartanah juga boleh memohon untuk pelan pembayaran yang lebih panjang melalui perkhidmatan dalam talian di Portal myTax menggunakan Singpass atau Akaun Unik IRAS (IUA). Pemilik hartanah juga boleh menghubungi IRAS di talian 1800 356 8300 untuk mendapatkan bantuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >