Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemilik syarikat penghantaran didenda bungkus semula barangan di premis tidak berlesen

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pemilik syarikat penghantaran barang runcit dalam talian didenda $1,000 kerana membungkus semula produk makanan di tempat tidak berlesen.



Junaidah Ahmad, pemilik syarikat Qiksmart, didapati bersalah di mahkamah semalam, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam satu kenyataan.



Pada Julai 2020, pegawai SFA mendapati produk makanan sedang dibungkus semula dalam bekas kecil yang menunjukkan nama syarikat itu di unit di tingkat tiga di 10 Ubi Crescent.



Sekitar 265 kilogram produk makanan, termasuk tepung, beras, gula, beberapa jenis kacang, udang kering, sayurran dan ikan beku, dirampas dari unit itu.



SFA berkata membungkus semula produk makanan di tempat tidak berlesen adalah satu risiko keselamatan makanan.



Di Singapura, semua tempat membungkus semula produk makanan harus berlesen dan dituntut mematuhi syarat SFA dan piawaian keselamatan makanan.



"Tempat berlesen ini juga diperiksa secara tetap oleh SFA.



"Jika sabit kesalahan, pesalah yang membungkus semula makanan di tempat tidak berlesen boleh dikenakan denda tidak melebihi $5,000 dan jika mengulangi kesalahan itu, boleh didenda tidak melebihi $10,000, atau dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan atau kededuanya sekali," kata SFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >