Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin 4G akan terus tangani ketidaksamaan, bantu golongan memerlukan

Pastikan setiap warga punya peluang tingkatkan kehidupan
Jul 19, 2019 | 05:30 AM



KEPIMPINAN generasi keempat (4G) Singapura akan terus memperkukuh sokongan bagi golongan kurang bernasib baik, dan memastikan setiap warga mempunyai peluang untuk meningkatkan kehidupan mereka, kata Menteri Kedua Pendidikan merangkap Kewangan, Cik Indranee Rajah.



Pendekatan dua serampang itu penting dalam usaha mengatasi ketidaksamaan dan memastikan mobiliti sosial, ujarnya, lapor The Straits Times (ST).



Beliau berkata demikian di Persidangan Penyelidikan Khidmat Sosial (SSR) anjuran Universiti Nasional Singapura (NUS) di Kent Ridge Drive, semalam.



"Sebagai warga Singapura, kita harus menjaga satu sama lain. Semua warga penting dan kita mahu semua berjaya.



"Singapura harus sentiasa menjadi masyarakat dengan peluang buat semua, sepanjang hayat, yang membolehkan semua untuk maju tidak kira garis permulaan, yang memberi warga Singapura peluang adil untuk memperbaiki kehidupan - memenuhi aspirasi dan mencari kebahagiaan - tidak kira latar belakang," ujarnya.



Tambah beliau, usaha menangani ketidaksamaan juga satu kepentingan nasional, kerana masyarakat akan berpecah belah jika jurang antara miskin kaya menjadi lebih luas.



"Apa yang menghadapi risiko ialah sifat masyarakat kita.



"Ini bukan tanggungjawab pemerintah sahaja. Ini tanggungjawab semua orang kerana ia menjejas kita semua," ujarnya lagi.



Pada Mac lalu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Desmond Lee, berkata di Parlimen bahawa masalah ketidaksamaan mempunyai banyak sebab dan perlu ditangani dari pelbagai aspek.



Semalam, Cik Indranee berkata ketidaksamaan dan mobiliti sosial telah menjadi keprihatinan sejak kemerdekaan Singapura pada 1965.



Menangani isu itu ialah "prinsip asas dalam mencapai masyarakat adil dan saksama", tambahnya.



Katanya lagi, Singapura telah meraih kemajuan dalam perkara seperti jangka hayat, pendidikan dan pemilikan rumah, tetapi menambah, meskipun kemajuan ekonomi telah mewujudkan kemakmuran bagi ramai pihak, ia juga menyebabkan sumber dan faedah yang terkumpul di peringkat atasan.



Kemajuan teknologi juga boleh meluaskan jurang antara pekerja berkemahiran tinggi dengan yang rendah, dengan pekerja berkemahiran rendah berisiko tidak meraih manfaat daripada peluang baru, katanya.



Trend dan kecenderungan itu menimbulkan cabaran baru yang tidak wujud pada dekad-dekad lalu.



Cik Indranee berkata, jika tidak dikawal, trend ini akan menyebabkan rakyat Singapura yang kurang bernasib baik tertinggal di belakang, dan berasa peluang yang ada hanya boleh dimanfaatkan golongan lebih bernasib baik.



Tetapi pendekatan pasukan 4G bukanlah untuk membataskan pencapaian di bahagian atas, bahkan menyokong bahagian bawah dengan meningkatkan akses kepada peluang bagi mereka yang kurang bernasib baik, jelas beliau.



"Sejajar dengan usaha itu, terdapat banyak laluan bagi pencapaian, kejayaan dan kerjaya untuk memastikan mobiliti sosial yang berterusan," katanya.



Tambahnya, pemimpin 4G akan mengongsi lebih banyak maklumat mengenai cara ia akan memperkukuh sokongan bagi golongan kurang bernasib baik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >