Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin agama berperanan penting corak keharmonian silang agama: Tharman

Jul 29, 2023 | 04:42 PM



Masyarakat silang agama merupakan sebahagian daripada identiti Singapura yang kaya dengan kepelbagaian agama.

Untuk memastikan keharmonian antara agama terus terpelihara, pemimpin agama yang mempunyai pemahaman mendalam tentang agama berbeza-beza amatlah penting.

Malah, ia merupakan satu pencapaian bagi negara dengan adanya pemimpin agama sedemikian dalam meningkatkan kesepaduan di Singapura, kata mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam ketika menyampaikan ucapan di acara penyampaian Anugerah Silang Agama Teladan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands pada Sabtu.

“Keharmonian silang agama bukan sekadar sesuatu di dalam minda, bukan sekadar idea intelektual atau sikap minda, ia adalah satu amalan. Dan di Singapura kita melaksanakan amalan yang amat aktif, bersepadu, bukan sahaja di tahap tinggi antara pemimpin sendiri tetapi juga amalan seharian institusi agama,” katanya.

Beliau menukil contoh bagaimana masjid dan gereja menangani trafik serta jemaah yang datang bagi perayaan masing-masing, mahupun golongan belia yang berganding bahu menganjurkan projek silang agama bersama.

Ini, kata Encik Tharman adalah usaha penting.

“Tetapi ia adalah pemimpin yang telah meneruskan usaha ini. Dan kita telah mempunyai kumpulan pemimpin yang secara individu dan kolektif merentas agama yang telah menunjukkan visi bijak, bimbingan bijak bagi masyarakat keagamaan masing-masing...dan mempunyai pemahaman mendalam antara kepimpinan keagamaan berbeza serta jemaah mereka. Itu adalah pencapaian sebenar-benarnya,” tambahnya.

Pada Sabtu, seramai dua individu menerima Anugerah Silang Agama Teladan oleh Jamiyah Singapura yang bertujuan mengktiraf sumbangan besar individu dalam menggalakkan pemahaman dan kerjasama antara agama berbeza di Singapura.

Mereka ialah Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Masyarakat dan Kanak-kanak Canossa Ville, Rahib Wanita Theresa Seow dan Presiden Persekutuan Tao, Encik Tan Thiam Lye.

Selain itu, terdapat juga anugerah tambahan – Anugerah Kepimpinan Belia Silang Agama – yang diberikan kepada pengasas dan presiden pertubuhan bukan mengaup keuntungan Roses of Peace, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali.

Sekitar 800 orang menghadiri acara penyampaian anugerah itu.

Pada sebelah pagi, Jamiyah Singapura telah mengadakan Forum Belia Asean serta Seminar Keharmonian Silang Agama yang dihadiri 400 orang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >