Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin Asean perlu nilai kemajuan rancangan damai Myanmar: Vivian

Sep 15, 2022 | 05:30 AM



KEMAJUAN Myanmar dalam melaksanakan rancangan damai yang dipersetujui semua anggota Asean akan menjadi sesuatu yang perlu dinilai pemimpin blok itu apabila mereka mengadakan mesyuarat peringkat tinggi pada November ini.



Keadaan di Myanmar kekal buruk dan tanggungjawab utama bagi krisis berterusan di sana, termasuk kematian dan kecederaan orang awam berskala besar, terletak kepada tentera negara itu, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Rancangan damai itu,yang merangkumi konsensus lima perkara yang dipersetujui pada April tahun lalu, bertujuan menamatkan kekacauan berikutan rampasan kuasa tentera pada Februari 2021 yang telah membunuh lebih 2,000 orang.



Singapura dan Asean "amat kecewa" dengan sedikit sekali kemajuan yang dicapai dalam pelaksanaan rancangan damai itu, kata Dr Balakrishnan dalam satu jawapan bertulis Parlimen kepada Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) dan Encik Dennis Tan (Hougang) kelmarin.



"Pemimpin Asean perlu menilai kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara semasa Sidang Puncak Asean November ini.



"Bergantung kepada bagaimana keadaan itu berkembang, mereka perlu membuat beberapa keputusan sukar untuk memandu langkah Asean seterusnya," kata beliau.



Lima perkara konsensus itu ialah: penamatan segera keganasan di negara itu; dialog antara semua pihak berkepentingan; pelantikan utusan khas Asean untuk memudahkan pengantaraan; pemberian bantuan kemanusiaan Asean; dan lawatan utusan khas ke Myanmar untuk bertemu semua pihak.



Dr Balakrishnan berkata terdapat sedikit kemajuan dalam pelaksanaannya walaupun ada usaha oleh utusan khas pengerusi Asean berturut-turut - Brunei dan Kemboja - dan permohonan langsung oleh pengerusi sekarang blok itu, Kemboja.



"Sebaliknya, pengeboman udara di kawasan kawalan pembangkang dan pelaksanaan hukuman mati terhadap aktivis pembangkang telah berlaku.



"Masa tindakan oleh Tatmadaw (tentera) ini menggariskan ketidakpedulian mereka terhadap kedua-dua Asean dan Konsensus Lima Perkara," kata beliau.



Selepas pertemuan mereka di Kemboja bulan lalu, Dr Balakrishnan dan menteri luar Asean lain menyatakan kekecewaan mereka kerana rancangan damai itu hampir tidak melihat sebarang kemajuan.



Mereka juga mencadangkan agar pemimpin Asean mengambil kira rancangan untuk menyelesaikan krisis politik di Myanmar, bagi memutuskan jalan terbaik ke hadapan.



Keamanan, keselamatan dan kestabilan Myanmar bukan sahaja demi kepentingannya sendiri, bahkan buat seluruh rantau ini, kata Dr Balakrishnan, dan tanpa perdamaian politik dan "dialog dengan niat baik" oleh semua pihak berkepentingan, penyelesaian politik yang diperlukan tidak dapat ditemui.



Kepada soalan Encik Giam tentang sama ada Singapura akan bekerjasama dengan Asean dalam sekatan yang disasarkan seperti sekatan senjata, Dr Balakrishnan berkata Singapura telah mengundi menyokong resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jun 2021 untuk menghentikan kemasukan senjata ke Myanmar.




"Pemimpin Asean perlu menilai kemajuan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara semasa Sidang Puncak Asean November ini.



Bergantung kepada bagaimana keadaan itu berkembang, mereka perlu membuat beberapa keputusan sukar untuk memandu langkah Asean seterusnya."



- Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >