Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin, karyawan dan aktivis Melayu antara 6,598 penerima Anugerah Hari Kebangsaan

Ikon tari Melayu, Som Said, dan mudir Madrasah Aljunied, Herman Cher Ma’in antara yang diiktiraf
Aug 09, 2023 | 07:22 PM



Empat penduduk Singapura telah dianugerahkan  Darjah Utama Bakti Cemerlang (DSO), salah satu penghormatan tertinggi Singapura, atas sumbangan kepada negara.

Mereka adalah antara 6,598 individu yang menerima penghormatan Hari Kebangsaan, seperti Bintang Bakti Masyarakat, Pingat Pentadbiran Awam dan Pingat Bakti Setia pada 2023.

DSO disampaikan kepada

  • Encik Bobby Chin Yoke Choong, 71 tahun, mantan Pengerusi Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB);
  • Encik Timothy James de Souza, 76 tahun, anggota Jawatankuasa Tugu Pengasas;
  • Cik Kay Kuok Onn Kwong, 77 tahun, mantan pengerusi Kumpulan Penjagaan Kesihatan Nasional (NHG) dan pengerusi Lembaga Pentadbir Yale-NUS dan
  • Encik Kwa Chong Seng, 76 tahun, mantan pengerusi Singapore Technologies (ST) Engineering.

Menurut laman web Pejabat Perdana Menteri, DSO diberikan kepada sesiapa yang telah melaksanakan apa jua perkara atau siri perkara di Singapura yang tergolong sebagai kelakuan terbilang.

Dalam pada itu, penerima pingat Hari Kebangsaan tahun ini termasuk:

Bintang Bakti Masyarakat (BBM)

- Cik Norazizah Mohd Tajudin, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Bukit Panjang

  • Cik Hayati Rahim, Setiausaha Persatuan Rakyat (Mesra)
  • Cik Som Said, Pengasas dan Pengarah Artistik Sri Warisan Som Said Performing Arts Ltd

Pingat Pentadbiran Awam (Perak)

  • Cik Mazlena Ahmad Mazlan, Pengarah Jabatan Jangkauan Masyarakat), Divisyen Media dari Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI)
  • Cik Norliza Abdul Rahim, Pengetua Sekolah Rendah Punggol, Kementerian Pendidikan (MOE)
  • Dr Faris Akbar Hajamaideen, Pengarah Kanan Kelompok Sekitaran Dibina dan Kelautan, Politeknik Singapura
  • Cik Rahayu Buang, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KidSTART SG Ltd (Dipinjamkan)

Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa)

  • Encik Adam Masbah, Timbalan Pengarah ActiveSG, Sport Singapore
  • Encik Herman Cher Ma’in, Mudir Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Sistem Madrasah Bersama, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)
  • Encik Bambang Purnama Putra Shakni, Naib Pengetua Sekolah Menengah Broadrick
  • Cik Norhayati Awang, Pengarah Pusat Bahasa Melayu Singapura
  • Cik Ira Wati Sukaimi, Guru Pakar
  • Encik Rahmat Subadah, Guru Pakar
  • Cik Nur Sabariah Mohd Ibrahim, Pengetua Sekolah Rendah Yew Tee
  • Encik Sulaiman Mohd Yusof, Pengetua Sekolah Menengah Greendale
  • Cik Noraini Mansor, Naib Pengetua Sekolah Rendah Alexandra
  • Cik Rosewati Sukiman, Pengarah Pejabat Sumber Insan, Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-Kanak, MOE
  • Cik Nooraini Jaffar, Pengarah Divisyen Khidmat Khusus dan Ambulatori, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, Khidmat Kesihatan Singapura, Kementerian Kesihatan
  • Encik Mohd Zulkefli Abdol Rahman, Timbalan Pengarah, Pejabat Serantau Timur, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA)
  • Encik Khairul Sani Samsudin, Jurutera Utama, Divisyen Kawalan Pencemaran 2, NEA
  • Encik Nasir K K Maideen, Pengarah Divisyen Sanitasi dan Pematuhan, NEA



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >