Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin serantau bincang hala tuju Asean di Sidang Puncak

Nov 11, 2018 | 10:35 AM



SINGAPURA akan menjadi tumpuan, dengan pemimpin kesemua 10 negara anggota Asean dijangka berhimpun bagi menghadiri Sidang Puncak Asean yang ke-33 serta mesyuarat yang berkaitan dengannya di Pusat Konvensyen Suntec dari 11 hingga 15 November.



Sidang puncak itu, yang merupakan acara terakhir dengan Singapura sebagai pengerusi Asean, akan dipengerusikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Menerusi satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam (10 November), pemimpin negara anggota Asean itu dijangka mengikut Rangka Kerja Bandar Bijak Asean.



Rangka kerja itu termasuk menubuhkan rangkaian bandar bijak di rantau ini.



Mereka juga akan membuat penilaian pelbagai pencapaian Asean tahun ini sebagai usaha mengukuhkan daya tahan dan inovasi Asean selain berbincang tentang hala tuju Asean, kata PMO.



Asean yang menyambut ulang tahunnya yang ke-50 tahun lalu biasanya mengadakan dua sidang puncak setahun.



Di sidang puncak yang pertama, pemimpin kesemua negara anggota Asean bertemu untuk berbincang tentang keprihatinan utama di kalangan diri mereka.



Di sidang puncak yang kedua pula, biasanya pada penghujung tahun, mereka disertai rakan kerja utama dari luar rantau ini untuk berbincang tentang hubungan mereka dengan Asean di mesyuarat yang berasingan.



Asean dan lapan rakan kerja utamanya juga akan berhimpun di Sidang Puncak Asia Timur untuk berbincang tentang kerjasama serantau dalam pelbagai bidang termasuk sekitaran dan keselamatan siber.



Upacara pembukaan Sidang Puncak Asean akan berlangsung Selasa ini, disusuli dengan satu majlis jamuan malam yang dihadiri pemimpin Asean.



Dalam pada itu, beberapa pemimpin juga akan mengadakan lawatan rasminya ke Singapura, buat kali pertama sejak menyandang jawatan mereka sekarang.



Mereka termasuk Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri China Li Keqiang dan Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence.



Kemudian, kebanyakan pemimpin yang menghadiri Sidang Puncak Asean itu, termasuk Encik Pence dan Encik Lee, akan ke Papua New Guinea bagi menghadiri mesyuarat pemimpin ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >