Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemimpin S'pura, Johor pererat lagi hubungan dua hala

Vivian kunjungi Sultan Johor, bertemu Tengku Mahkota dan Menteri Besar
Mar 14, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, mengesahkan hubungan dua hala yang erat dengan para pemimpin Johor semasa satu lawatannya ke negeri itu pada Isnin.



Dalam lawatan itu, Dr Balakrishnan melakukan kunjungan ke atas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.



Selain itu, beliau mengadakan pertemuan dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).



Menurut MFA, Dr Balakrishnan dan para pemimpin Johor mengesahkan lagi hubungan erat dan yang terjalin lama antara Singapura dan Johor dalam pertemuan mereka.



"Mereka menyambut baik penyambungan sepenuhnya lawatan rentas sempadan dan pertukaran antara Singapura dan Johor sejak pembukaan semula sempadan.



"Para pemimpin itu gembira untuk menarik perhatian tentang kemajuan baik yang dibuat berhubung Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura dan perkhidmatan feri yang disambung bagi kededua pihak, yang akan memperkukuhkan keterhubungan dan mengurangkan kesesakan di Koswe," ujar MFA.



Ia menambah bahawa Dr Balakrishnan serta pemimpin Johor bersetuju untuk meneroka bidang kerjasama baru antara Singapura dan Johor.



Ini di samping meneruskan usaha bekerjasama rapat demi manfaat bersama rakyat.



Awal dari ini, kerajaan Malaysia melahirkan keterbukaan kepada cadangan pelaksanaan semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura selagi ia membabitkan pelaburan swasta.



Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke, dilaporkan telah mengatakan bahawa sejauh ini tiada sebarang keputusan dibuat oleh kerajaan Malaysia mengenai pembangunan HSR KL-Singapura, selepas perjanjian projek itu dengan Singapura disahkan berakhir pada 31 Disember 2021, sekali gus menyaksikan ia terbatal secara sendirinya.



Beliau menambah bahawa kerajaan Malaysia tidak menutup pintu terhadap sebarang cadangan membangunkan semula projek itu, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi kebenaran untuk rundingan selagi pembangunannya tidak dibiayai kerajaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >