Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pemuda 20 tahun maut; Lecur teruk bila PMD terbakar, terperangkap dalam lif

Jun 05, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia akibat kelecuran teruk selepas beliau terperangkap dalam lif dengan alat mobiliti peribadi (PMD) yang terbakar.



Polis berkata ia menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di Blok 537 Woodlands Drive 16 sekitar 11.26 malam kelmarin.



Mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedarkan diri tetapi meninggal dunia kemudian akibat kecederaannya, kata polis. Seramai 90 penduduk telah dipindahkan manakala seorang digegaskan ke Hospital Khoo Teck Puat.



Polis tidak mengesyaki perbuatan jahat tetapi siasatan sedang dijalankan.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata siasatan awal menunjukkan kebakaran elektrik itu berpunca daripada sebuah PMD.



Kebakaran itu dipadamkan oleh penduduk di blok itu menggunakan air dari baldi, kata SCDF.



Semasa Berita Harian (BH) ke sana semalam, lobi lif di tingkat dua blok dilihat diselimuti debu. Hanya satu lif berfungsi dan pekerja dilihat sedang memperbaiki lif kedua.



BH juga bertemu bapa Allahyarham, tetapi beliau enggan bercakap dengan wartawan kerana terlalu sedih.



Namun seorang jiran memberitahu BH, mangsa seorang pekerja penghantaran makanan. Mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari kerja ke flatnya di tingkat sembilan apabila kebakaran berlaku.



LAPORAN LANJUT: Kebakaran dalam lif: Jiran dengar letupan, jeritan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >