Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penahanan kenderaan SAF: Mindef belum diberitahu 'alasan rasmi' lepas temuan ketiga

Dec 07, 2016 | 10:20 AM



KEMENTERIAN Pertahanan (Mindef) belum diberitahu alasan rasmi bagi penahanan sembilan kenderaan pengangkut infantri Singapura, walaupun selepas mesyuarat ketiga antaranya dan Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong.



Kereta perisai itu ditahan pada 23 Nov



Dalam satu kenyataan pada malam Selasa (6 Dis), Mindef berkata APL bertemu pihak berkuasa Hong Kong dari 10 pagi hingga 4 petang Selasa.



Syarikat itu mengadakan mesyuarat kedua dengan jabatan tersebut selama enam jam pada Khamis (1 Dis), selepas yang pertama pada 29 Nov.



"Kami masih belum diberitahu alasan rasmi bagi penahanan Kenderaan Pengangkut Infantri Terrex itu," kata Mindef dalam kenyataannya.



Mindef menambah ia menasihatkan pegawai APL supaya "terus memberi kerjasama sepenuhnya" kepada jabatan Kastam Hong Kong untuk mempercepat pemulangan kenderaan itu.



Sembilan kenderaan Terrex dan peralatan yang dirampas itu digunakan dalam latihan ketenteraan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Taiwan, dan berada di atas kapal APL untuk dihantar pulang ke Singapura.



Kapal itu dalam transit di Hong Kong apabila kenderaan tersebut ditahan.



Berikutan itu, jurucakap Kementerian Luar China berkata Beijing menentang negara yang ada hubungan diplomatik dengannya mempunyai pertukaran rasmi dengan Taiwan, dan meminta Singapura mematuhi dasar "satu China".



Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dan Menteri Luar Vivian Balakrishnan kemudian berkata Singapura percaya sepenuhnya dan menghormati dasar itu.



Dr Balakrishnan berkata perjanjian latihan Singapura dengan Taiwan telah lama berjalan dan bukan rahsia, dengan banyak lelaki Singapura telah dilatih di sana sejak 1975.



SAF menjalankan latihan luar negara di sekitar sedozen wilayah dan mengupah syarikat perkapalan komersial untuk mengangkut peralatan ketenteraannya.



Ini perkara biasa bagi tentera semasa aman, kata Dr Ng.



NOTA: Laporan ini telah diperbetul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >