Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Penarafan pekerja platform: MOM minta pandangan awam

Aug 14, 2023 | 07:14 PM



Pekerja penghantaran dan pemandu kereta sewa privet yang menggunakan platform dalam talian, seperti Grab, foodpanda dan Lalamove, untuk bekerja boleh ditetapkan sebagai kategori pekerja baru di bawah undang–undang baru yang sedang digubal pihak berkuasa.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata pada Isnin (14 Ogos) ia sedang mendapatkan pandangan awam mengenai perkara tersebut.

Ia juga menyatakan, langkah mewujudkan kelas “pekerja platform”, yang berbeza daripada pekerja dan individu bekerja sendiri, akan memudahkan pekerja penghantaran dan pemandu kereta sewa privet memahami perlindungan undang–undang dan skim sokongan yang mereka layak terima.

Selain itu, MOM berkata ia ingin mendapatkan maklum balas sama ada pengendali platform di sini perlu diwajibkan secara sah untuk mengambil “langkah munasabah yang boleh dipraktikkan” untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja platform yang mempunyai kontrak dengan mereka.

Ini termasuk menetapkan jangkaan yang munasabah tentang berapa banyak masa diperlukan untuk memenuhi pekerjaan supaya pekerja tidak perlu tergesa–gesa, dan melancarkan mekanisme untuk orang ramai melaporkan pemanduan kenderaan secara tidak selamat kepada pengendali platform masing–masing.

Perundingan awam, yang sedang dijalankan dalam talian dari sekarang hingga 4 September, itu juga akan mengumpul pandangan tentang bagaimana sesebuah “pengendali platform” harus ditakrifkan di bawah undang–undang baru, dan siapa yang harus bertanggungjawab untuk melindungi pekerja platform yang terlibat sebagai subkontraktor.

Latihan perundingan itu dibuat ketika pemerintah bersedia untuk membentangkan undang–undang baru di Parlimen untuk melaksanakan satu set dasar baru yang akan memberikan pekerja platform insurans pampasan kecederaan kerja dan caruman Tabung Simpanan Pekerja (CPF).

Lebih 88,000 pekerja platform di sini juga bakal memanfaatkan satu langkah baru, yang dijangka bermula dari separuh kedua 2024, susulan pemerintah menerima cadangan pada Julai lalu yang membolehkan badan perwakilan yang berfungsi seperti kesatuan sekerja untuk memperjuangkan kepentingan pekerja platform.

Dalam kertas perundingan yang diterbitkan pada Isnin, MOM berkata, perlindungan baru itu hanya akan diberikan kepada pekerja platform yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran.

Pada 2021, pemerintah telah mengenal pasti golongan pekerja tersebut sebagai kumpulan yang terdedah, dan jawatankuasa penasihat yang terdiri daripada wakil pemerintah, pergerakan buruh, industri dan ahli akademik ditubuhkan untuk mengkaji cara untuk mengukuhkan perlindungan untuk mereka.

Tetapi jawatankuasa penasihat telah memberi tanggungjawab kepada pemerintah untuk menentukan takrifan tepat bagi istilah “pengendali platform” dan “pekerja platform” semasa pelaksanaan.

Jawatankuasa mengesyorkan agar takrifan ini cukup fleksibel untuk mengambil kira perbezaan antara sektor penghantaran dan pengangkutan, dan boleh digunakan untuk sektor baru pada masa hadapan jika diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >