Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saranan bagi perwakilan sah pekerja platform dialu-alu, dianggap satu pencapaian

Jul 12, 2023 | 06:34 PM



Semasa bekerja sebagai seorang pemandu kereta sewa privet beberapa tahun lalu, Encik Roslan Yunos digantung daripada pekerjaannya selama dua minggu kerana telah menyentuh tentang keluarga ketika bercakap dengan pelanggan.

Ketika itu, Encik Roslan menyangka ia tiada masalah memandangkan pelanggan itu yang bertanya beliau dahulu tentang keluarganya.

Namun, Encik Roslan digantung kerja dan tidak dapat membela dirinya tanpa pihak yang boleh dirujuk.

Kejadian itu membuat beliau berasa kecewa kerana hilang sumber pendapatan walau buat sementara waktu.

“Saya hanya anggap ia sebahagian daripada perbualan kami kerana penumpang yang tanya saya soalan dahulu. Tetapi apabila saya tanya balik tentang keluarganya, beliau membuat aduan.

“Justeru, dengan adanya badan perwakilan, isu sebegini dapat dikemukakan dan dirunding,” kata Encik Roslan, 43 tahun.

Beliau merupakan antara pekerja platform di Singapura yang bakal meraih manfaat daripada lapan saranan yang dikemukakan kumpulan kerja tiga pihak mengenai perwakilan bagi pekerja platform.

Saranan itu telah diterima pemerintah.

Encik Roslan adalah antara 120 pekerja platform yang hadir di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat pada Rabu untuk mendengar pembentangan mengenai saranan tersebut yang membolehkan pekerja platform mendapatkan mandat sah untuk menjadi badan perwakilan.

Kini bertugas sebagai seorang pekerja penghantaran makanan bersama Grab, Encik Roslan berharap antara isu yang dapat diperjuangkan menerusi badan perwakilan ialah sistem insentif yang selalu berubah-ubah dan menjejas pendapatan yang diraih pekerja sepertinya.

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), dalam kenyataan media berkata rangka kerja perwakilan baru itu boleh memberi keseimbangan lebih baik dari segi kuasa tawar-menawar antara pekerja platform dengan pengendali platform.

Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata penerimaan pemerintah bagi saranan itu merupakan pencapaian penting buat semua pekerja platform.

“Sebagai apa yang mungkin menjadi kerjasama tiga pihak pertama di dunia buat pekerja platform, pelaksanaan rangka kerja ini membuka jalan bagi NTUC dan persatuan gabungan kami untuk mewakili mereka secara rasmi.

“Kami akan berusaha bekerjasama rapat dengan rakan kami serta pekerja platform, untuk memperjuangkan mengenai gaji, kebajikan dan prospek kerja lebih baik,” katanya.

Presiden Persatuan Pejuang Penghantaran Nasional (NDCA), Encik Goh Yong Wei; Presiden Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA), Encik Raymond Ong Thiam Khoon; dan Setiausaha Agung Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA), Encik Joseph Goh Say Sing, dalam kenyataan bersama berbesar hati atas penerimaan saranan itu.

“Sebagai pekerja platform sendiri, kami memahami kesukaran unik yang dihadapi pekerja platform dalam pekerjaan. Dengan perwakilan, kami akan mempunyai hak untuk berunding buat kepentingan pekerja platform yang lain.

“Daripada bergantung kepada perjanjian tidak rasmi, kami akan dapat memeterai perjanjian terikat bersama pengendali platform,” kata mereka.

Pengendali platform seperti foodpanda turut mengalu-alu langkah tersebut.

Pengarah operasi foodpanda Singapore, Encik Darryl Chua, berkata pembangunan positif itu akan memberi manfaat kepada industri gig secara kolektif, sambil menukil bahawa set prinsip yang membimbing perundingan melindungi kepentingan semua pihak dalam ekosistem itu.

“Ini penting dalam memastikan kemampanan jangka panjang industri pekerjaan platform.

“Kami menanti-nantikan perbincangan lebih mendalam mengenai pekerjaan platform dan cabarannya, seperti akses kepada tempat meletak (kenderaan) tersedia dan selamat apabila mereka melakukan penghantaran,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >