Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencalonan Anugerah Jauhari dibuka

Oct 22, 2020 | 05:30 AM



PENCALONAN bagi Anugerah Jauhari 2020 untuk mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu atau pertubuhan Melayu/Islam dalam bidang masing-masing kini dibuka.



Anugerah itu, yang masuk tahun ke-21, mempunyai barisan penerima daripada pelbagai bidang termasuk perbankan, keusahawanan, bantuan kemanusiaan, fesyen, sukan dan budaya.



Antara penerima Anugerah Jauhari sebelum ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari; mantan pengerusi badan bantuan kemanusiaan, Mercy Relief, Encik Zulkifli Baharudin; Imam Masjid Ba'alwie dan pejuang keharmonian antara agama, Syed Hassan Al-Attas serta pakar tembikar, Dr Iskandar Jalil.



Di samping Anugerah Jauhari, pencalonan bagi Anugerah Jauhari Harapan juga dibuka.



Individu yang dicalonkan bagi anugerah tersebut perlu berusia 30 tahun atau ke bawah, dan mempamerkan pencapaian dan potensi dalam bidang tersendiri.



Anugerah Jauhari Harapan telah disampaikan sebelum ini kepada petinju profesional, Muhammad Ridhwan 'The Chosen Wan'; pendayung negara dan atlet Olimpik, Saiyidah Aisyah Mohamed; dan penerima biasiswa presiden, Encik Adil Hakeem Mohamad Rafee.



Tahun lalu, anugerah tersebut disampaikan kepada Encik Muhammad Dhafer Muhammad Faishal, juga penerima biasiswa presiden.



Mereka yang ingin membuat pencalonan boleh mengirimkan biodata berserta foto, lengkap dengan senarai pencapaian dan sebab individu atau pertubuhan tersebut layak menerima anugerah pemberian Berita Harian (BH) itu.



Tulisan anda tidak boleh melebihi 300 patah perkataan.



Sertakan juga nama penuh pencalon dan kaitan anda dengan individu atau pertubuhan yang dicalonkan.



E-mel pencalonan anda ke bhjauhari@sph.com.sg selewat-lewatnya 31 Oktober ini.




Anugerah Jauhari Berita Harian

Mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu atau pertubuhan Melayu/Islam dalam bidang masing-masing kini dibuka.



Anugerah Jauhari Harapan

Individu perlu berusia 30 tahun atau ke bawah, dan mempamerkan pencapaian dan potensi dalam bidang tersendiri.



Ingin buat pencalonan?



  • Kirimkan biodata berserta foto, lengkap dengan senarai pencapaian dan sebab individu atau pertubuhan tersebut layak menerima anugerah

  • Sertakan nama penuh pencalon dan kaitan anda dengan individu atau pertubuhan yang dicalonkan.

  • E-mel pencalonan ke bhjauhari@sph.com.sg

  • Tarikh tutup 31 Oktober ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >