Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencalonan bagi Anugerah Jauhari 2023 dibuka

Aug 24, 2023 | 09:45 AM



Pencalonan bagi Anugerah Jauhari 2023 untuk mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu atau pertubuhan Melayu/Islam dalam bidang masing-masing kini dibuka.

Sebuah panel pengadil Anugerah Jauhari Berita Harian baru telah dibentuk terdiri daripada empat orang dan diterajui oleh Duta Singapura ke Kuwait (Bukan Pemastautin), Encik Zainul Abidin Rasheed.

Tiga lagi pengadil ialah Editor Berita Harian, Encik Nazry Mokhtar; mantan Anggota Parlimen (AP) yang juga Profesor Madya Kelompok Perniagaan, Perhubungan dan Rekaan di Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Timbalan Pengarah Pusat Kepimpinan Masyarakat dan Inovasi Sosial SIT, Dr Intan Azura Mokhtar; serta Zamil Kanan yang juga Penyelaras bagi Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau, Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat.

Bertemakan ‘Merintis Haluan Baru’, anugerah itu, yang masuk tahun ke-25, mempunyai barisan penerima daripada pelbagai bidang, termasuk perbankan, keusahawanan, bantuan kemanusiaan, fesyen, sukan dan budaya.

Antara penerima Anugerah Jauhari sebelum ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari; mantan pengerusi badan bantuan kemanusiaan Mercy Relief, Encik Zulkifli Baharudin; Imam Masjid Ba’alwie yang juga pejuang keharmonian antara agama, Habib Syed Hassan Al-Attas; Timbalan Ketua Pendakwa yang juga Penasihat Undang-Undang Negara Kanan di Pejabat Peguam Negara (AGC), Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir; pakar tembikar Dr Iskandar Jalil, dan Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).

Tahun lalu, anugerah tersebut diberi kepada tokoh pendidik dan pengkaji bahasa dan budaya Melayu, Profesor Madya Hadijah Rahmat.

Di samping Anugerah Jauhari, pencalonan bagi Anugerah Jauhari Harapan juga dibuka.

Individu yang dicalonkan bagi anugerah tersebut harus berusia 30 tahun atau ke bawah dan telah menunjukkan pencapaian dan potensi dalam bidang tersendiri.

Antara penerima Anugerah Jauhari Harapan sebelum ini ialah petinju profesional Muhammad Ridhwan ‘The Chosen Wan’; pendayung negara dan atlet Olimpik Saiyidah Aisyah Mohamed; dan penerima biasiswa presiden Muhammad Dhafer Muhammad Faishal.

Tahun lalu, anugerah tersebut diberi kepada usahawan penjaja Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee.

Mereka yang ingin membuat pencalonan boleh mengisi borang elektronik di laman web https://www.gevme.com/berita-harian-achiever-of-the-year-anugerah-jauha… berserta senarai pencapaian dan sebab individu atau pertubuhan tersebut layak menerima anugerah pemberian Berita Harian itu.


Sertakan juga nama penuh pencalon dan kaitan pencalon dengan individu atau pertubuhan yang dicalonkan.

Pencalonan ditutup pada 13 September.

BUTIRAN ANUGERAH

ANUGERAH JAUHARI BERITA HARIAN

Mengiktiraf sumbangan dan pencapaian cemerlang individu atau pertubuhan Melayu/Islam dalam bidang masing-masing.

ANUGERAH JAUHARI HARAPAN

Individu harus berusia 30 tahun atau ke bawah, dan telah menunjukkan pencapaian dan potensi dalam bidang tersendiri.

CARA MEMBUAT PENCALONAN

Isi borang elektronik (https://www.gevme.com/berita-harian-achiever-of-the-year-anugerah-jauha…) lengkap dengan senarai pencapaian dan sebab individu atau pertubuhan tersebut layak menerima anugerah.


Sertakan nama penuh pencalon dan kaitan pencalon dengan individu atau pertubuhan yang dicalonkan.


Tarikh tutup 13 September 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >