Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pencapaian masyarakat Melayu perlu dirai, tabur bakti bagi generasi hadapan: Chun Sing

Jul 29, 2023 | 07:52 PM



Masyarakat Melayu terus menunujukkan kemajuan dengan baik dengan para pelajarnya telah membuat kemajuan yang mengagumkan.

Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing menukil kajian banci penduduk 2020, menunjukkan bahawa jumlah graduan Melayu dari universiti telah meningkat dua kali ganda sejak 2010.

“Saya rasa tidak banyak negara lain yang dapat mencapai kejayaan seperti ini untuk rakyatnya sendiri,” kata Encik Chan kepada penerima anugerah dan hadirin semasa berucap di Anugerah Mendaki 2023 pada Sabtu.

Pada 2022, Mendaki mengiktiraf 92 pelajar yang bergraduan dengan Ijazah Kepujian Kelas Pertama dari universiti di Singapura dan luar negara, berbanding 21 pelajar pada 2013. Ini empat kali ganda lebih banyak dan adalah jumlah tertinggi yang pernah direkodkan oleh Mendaki.

Secara keseluruhan, 476 pelajar menerima Anugerah Mendaki pada 2022 berbanding 365 pada 2013.

“Saya maklum bahawa bilangan pelajar cemerlang semakin ramai sehingga Mendaki perlu mengadakan dua majlis Anugerah, satu yang kita adakan hari ini dan satu lagi pada bulan Oktober. Ini adalah pencapaian yang menakjubkan. Saya berharap komuniti Melayu/Muslim akan terus berbuat lebih baik pada masa-masa yang akan datang,” ujarnya.

Sebuah biasiswa baru, iaitu Biasiswa Bakat Mendaki, turut dianugerahkan dalam acara kali ini.

Acara yang diadakan di hotel voco Orchard Singapore itu meraikan pencapaian 150 penerima yang cemerlang dalam peperiksaan PSLE, GCE ‘N’, ‘O’, ‘A’ dan Program Diploma International Baccalaureate (IB).

Ia juga adalah sebagai penutup tirai bagi bulan Raikan Ilmu kendalian Mendaki.

Encik Chan menggesa kepada para penerima agar menabur kembali bakti menerusi pelbagai cara seperti menjadi mentor atau sukarelawan.

“Hari ini bukanlah hari untuk raikan pencapaian individu sahaja, tetapi ia adalah untuk meraikan komitmen kita secara bersama... dengan menabur semula bakti.

“Untuk ramai daripada penerima di sini, anda sudah mempunyai pengetahuan dan kebolehan. Kami mengalu-alukan anda untuk sertai mentor-mentor dan sukarelawan yang ada untuk taburkan semula bakti,” ujarnya.

Beliau menjelaskan setiap tindakan kecil, jika dilakukan secara kolektif, akan lama-kelamaan menjadi besar untuk membuat masyarakat Singapura lebih tersentuh hati.

“Setiap daripada kita boleh sumbangkan sesuatu, tanpa mengambil kira kedudukan kita di dalam kehidupan. Bagi mereka yang lebih berkebolehan, anda boleh (beri) lebih sumbangan.

“Tetapi bagi mereka yang kurang berkebolehan, kita mesti pastikan mereka ada keyakinan bahawa mereka juga boleh sumbangkan sesuautu,” jelasnya.

Sifat sedemikian diakui penerima Anugerah Gemilang Mendaki kali ini, Encik Abdul Mateen Abdul Malik.

Di samping anugerah tersebut, beliau turut menerima Anugerah Mendaki dan Anugerah Pencapaian Akademik.

Anak bongsu di kalangan tiga beradik itu menjelaskan sifat menaburkan kembali bakti ini mendorongnya untuk kekal menyumbang.

Jejaka berusia 19 tahun itu berkata: “Saya rasa ini adalah satu tanggungjawab sebagai rakyat Singapura untuk tolong antara satu sama lain kerana sungguhpun saya menerima anugerah sedemikian, saya perlu ingat untuk sumbang kembali kepada masyarakat.”

Dalam pada itu, Encik Chan turut menjelaskan bahawa kejayaan bukanlah terletak pada sejauh mana pencapaian diri atau keluarga semata-mata, tetapi ia juga termasuk sumbangan kepada masyarakat.

“Di Singapura, tidak kira aspek akademik atau ekonomi, sentiasa ingat bahawa kita tidak harus menentukan kejayaan menerusi sejauh mana pencapaian individu atau keluarga kita,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >