Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Pencarum yang telah cerai perlu semak nominasi mulai Mei

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



LEMBAGA Tabung Simpanan Pekerja (CPF) ingin mengingatkan pencarum yang telah bercerai untuk menyemak nominasi mereka mulai Mei 2023.



Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata demikian di Parlimen pada Isnin semasa menjawab pertanyaan Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten) dan Cik Sylvia Lim (GRC Aljunied) yang bertanya sama ada peraturan akan diubah untuk membatalkan nominasi CPF secara automatik apabila benefisiari dalam nominasi itu menjadi bekas suami atau isteri menyusuli perceraian.



Pertanyaan itu timbul selepas seorang hakim Mahkamah Tinggi menyatakan pada awal Mac bahawa adalah membingungkan bahawa nominasi yang sedia ada dibatalkan secara automatik dengan perkahwinan di bawah undang-undang tetapi bukan dengan perceraian.



Hakim Mahkamah Tinggi, Encik Lee Seiu Kin, membuat pemerhatian itu dalam kes di mana seorang lelaki berusia 80 tahun yang telah bercerai selama 36 tahun, membuat dua percubaan yang tidak berjaya menerusi portal CPF untuk menominasikan anak tunggalnya sebagai benefisiari dana dalam akaun CPF beliau.



Anak perempuannya berjaya mendapatkan pengisytiharan daripada mahkamah bahawa percubaan yang kedua itu adalah sah dan menggantikan nominasi sebelum itu, dengan bapanya menominasikan ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya.



Dr Tan berkata nominasi yang dibuat oleh pencarum CPF berhubung siapa yang harus menerima dana CPF mereka selepas mereka meninggal dunia serta jumlah yang diberikan kepada setiap penerima sekarang ini dianggap sama seperti wasiat.



Tambahnya, itulah sebabnya nominasi dibatalkan dengan perkahwinan namun bukan dengan perceraian.



"Seperti wasiat, nominasi CPF tidak dibatalkan dengan perceraian kerana kami akur bahawa pencarum CPF mungkin tetap mahu memperuntuk (dana) buat bekas suami atau isteri serta anak mereka," ujar Dr Tan.



Bagaimanapun, beliau berkata Lembaga CPF mengingatkan semua pencarum untuk menyemak nominasi dalam penyata akaun tahunan mereka dan mereka juga ingin mengingatkan pencarum yang telah bercerai untuk menyemak nominasi mereka.



Dr Tan berkata pencarum CPF harus menyemak nominasi mereka apabila situasi hidup mereka berubah.



Oleh itu, beliau berkata Lembaga CPF juga telah mempertingkat khidmat nominasi CPF untuk membolehkan pencarum menyemak nominasi mereka dengan mudah dan membuat perubahan dengan selamat, termasuk menerusi laman web CPF.



Cik Lim juga antara lain bertanya Dr Tan sama ada Lembaga CPF menjejak arahan perceraian dan memastikan surat dihantar kepada pencarum yang sedang melalui perceraian untuk mengingatkan mereka untuk menyemak nominasi mereka.



Menggesa Lembaga CPF meninjau semula fenomena nominasi CPF yang tidak dibatalkan dengan perceraian, Cik Lim meminta agensi itu mempertimbang bahawa dalam prosiding perceraian, dana CPF dianggap sebagai aset perkahwinan yang boleh dibahagikan.



Dr Tan berkata antara isu yang diutarakan Cik Lim tentang peraturan nominasi itu sedang disemak dan mengundang Cik Lim mengemukakan soalan di Parlimen berhubung semakan itu selepas Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >