Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran SG Lebih Sihat amat mengalakkan: Ye Kung

Jul 08, 2023 | 03:30 PM



Sekitar 67,000 penduduk, termasuk individu penghidap sakit kronik seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi, telah mendaftar untuk SG Lebih Sihat sejak pendaftaran dibuka.

Demikian antara perkembangan terkini yang dikongsi Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Sabtu semasa melancarkan pameran, SG Lebih Sihat yang pertama di Taman Bishan-Ang Mo Kio.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong sebagai tetamu kehormat, bersama penasihat akar umbi GRC Ang Mo Kio serta SMC Yio Chu Kang dan Kebun Baru.

Encik Ong berkata pendaftaran bagi SG Lebih Sihat amat memberangsangkan, dengan purata 4,000 penduduk mendaftar setiap hari.

“Pendaftaran hanyalah langkah pertama. Selepas itu, mereka perlu hadir untuk janji temu pertama, dan kemudian, mereka perlu mengikuti (pendekatan) susulan.

“Kami berharap dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, kami boleh mendaftarkan lebih ramai dalam kalangan mereka yang disasarkan,” ujar Encik Ong.

SG Lebih Sihat, diumumkan pada 2022 yang melibatkan doktor keluarga membantu individu menjaga kesihatan mereka.

Melaluinya, penduduk dan doktor keluarga (GP) akan menghasilkan pelan kesihatan merangkumi perubahan gaya hidup dan pemeriksaan secara berkala.

Penduduk yang mendaftar dengan SG Lebih Sihat boleh mendapatkan pemeriksaan tahunan percuma dan vaksinasi yang disyorkan secara nasional, seperti suntikan selesema.

Harga ubat di GP juga akan dikurangkan agar lebih dekat dengan harga ubat di poliklinik, bagi menggalakkan orang ramai berjumpa dengan doktor keluarga.

Pada 5 Julai, pendaftaran telah dibuka untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Mereka yang layak akan diundang melalui SMS Kementerian Kesihatan (MOH) untuk mendaftar melalui aplikasi HealthHub.

Melaluinya, mereka boleh memilih klinik atau poliklinik SG Lebih Sihat dan membuat janji temu dengan doktor.

Sehingga 1 Julai, lebih 900 klinik GP telah mendaftar untuk daya usaha itu.

SG Lebih Sihat dijangka melibatkan lebih dua juta penduduk Singapura berumur 40 tahun ke atas menjelang akhir 2024.

Sementara itu, acara hujung minggu di Taman Bishan-Ang Mo Kio adalah yang pertama daripada 17 pameran dari Julai hingga November anjuran MOH untuk mendekati penduduk yang layak.

Kira-kira 1,000 duta SG Lebih Sihat akan turut dikerahkan untuk membantu penduduk melalui proses pendaftaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >