Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendaftaran tadika MOE mulai 5 Feb, rumah terbuka melalui Zoom

Jan 14, 2021 | 05:30 AM



PELUANG pendaftaran bagi kemasukan tadika satu (K1) bagi 2022 di kesemua tadika Kementerian Pendidikan (MOE) akan dibuka dari 5 hingga 9 Februari ini.



Ruang-ruang tersebut dikhaskan bagi kanak-kanak warga Singapura atau penduduk tetap (PR) yang lahir antara 2 Januari 2017 dengan 1 Januari 2018, menurut kenyataan MOE semalam.



Pendaftaran boleh dilakukan di www.moe.gov.sg/mk dari 9 pagi pada 5 Februari hingga 4 petang 9 Februari.



Sementara itu, rumah terbuka tadika MOE (MK), di mana ibu bapa boleh mendapat maklumat lanjut tentang kurikulum tadika, akan diadakan melalui Zoom pada 30 Januari dari 10 pagi hingga 1 petang.



Rumah terbuka fizikal seperti tahun-tahun sebelum ini tidak akan diadakan untuk mengelak risiko jangkitan semasa pandemik Covid-19.



Ibu bapa yang berminat boleh menggunakan peluang tersebut untuk mengetahui secara mendalam mengenai kurikulum, program, prasarana dan tawaran tadika MOE sebelum membuat pilihan.



Sebanyak 43 MK bakal turut serta dalam rumah terbuka itu.



"Tahun ini, disebabkan suasana Covid-19, MK tidak akan menganjurkan rumah terbuka secara fizikal untuk mengelakkan risiko jangkitan," katanya.



Rumah terbuka tersebut bakal merangkumi sesi di mana ibu bapa akan diberi keterangan tentang MK dan juga kurikulum yang ditetapkan.



Mereka juga berpeluang bertanyakan soalan kepada anggota panel - termasuk pakar kurikulum MOE, Ketua Pusat MK, dan wakil ibu bapa yang menghantar anak mereka ke MK.



"MK menawarkan pendidikan prasekolah bermutu dan dimampui untuk kanak-kanak berusia lima dan enam tahun.



"Kurikulum MK dibentuk oleh pakar prasekolah dan bertujuan mendidik kanak-kanak secara menyeluruh, supaya mereka yakin diri, memiliki kemahiran sosial yang baik dan asas kukuh dalam membaca dan mengira.



"Kanak-kanak juga didedahkan kepada pembelajaran menggunakan aktiviti harian yang relevan dan lengkap dengan unsur-unsur (kehidupan di) Singapura," kata MOE.



Kesemua MK turut menawarkan tiga bahasa ibunda - Cina, Melayu dan Tamil - untuk menerapkan kemahiran dwibahasa di tahun-tahun awal.



MK juga bekerjasama dengan sekolah rendah berdekatan untuk mempermudahkan peralihan dari tadika ke darjah satu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >