Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendakwah dilarang masuk S'pura kerana ajaran ekstremis, pengasingan: MHA

Kementerian perjelas kemasukan pelawat ke SG bukan automatik atau hak
May 19, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengesahkan bahawa seorang pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar balik ke Batam pada hari sama beliau tiba di sini Isnin lalu.



MHA mengatakan langkah tersebut diambil kerana beliau didapati mengajar ajaran "ekstremis dan pengasingan".



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebagai respons kepada pertanyaan media, MHA berkata setiba Abdul Somad di Terminal Feri Tanah Merah Singapura dari Batam, beliau ditemu bual.



Berikutan temu bual tersebut, beliau bersama enam teman perjalanannya tidak dibenarkan masuk ke Singapura dan dihantar pulang ke Batam dalam sebuah feri pada hari sama.



"Somad diketahui menyebarkan ajaran ekstremis dan pengasingan, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.



"Sebagai contoh, Somad berdakwah bahawa pengeboman nekad dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap sebagai operasi 'syahid'.



"Beliau juga membuat komen yang memburukkan anggota masyarakat agama lain, seperti Kristian, dengan menggambarkan salib Kristian sebagai tempat kediaman "jin kafir (roh/syaitan)"," kata kata MHA.



Kementerian itu menambah bahawa kemasukan pelawat ke Singapura bukan sesuatu yang automatik atau merupakan satu hak dan setiap kes dinilai berdasarkan merit tersendirinya.



"Walaupun Somad cuba memasuki Singapura bagi lawatan sosial, pemerintah Singapura memandang serius sembarang orang yang menyokong pengganasan dan/atau menyokong ajaran ekstremis dan pengasingan.



"Somad dan rakan perjalanannya tidak diterima masuk ke Singapura," ujar MHA.



Awal sebelum itu, pendakwah tersebut menyatakan dalam akaun media sosialnya bahawa beliau dihantar pulang oleh Imigresen Singapura ketika pergi bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya Isnin lalu.




"Somad diketahui menyebarkan ajaran ekstremis dan pengasingan, yang tidak boleh diterima dalam masyarakat berbilang kaum dan agama Singapura.



"Sebagai contoh, Somad berdakwah bahawa pengeboman nekad dibolehkan dalam konteks konflik Israel-Palestin, dan dianggap sebagai operasi 'syahid'. "



"Walaupun Somad cuba memasuki Singapura bagi lawatan sosial, pemerintah Singapura memandang serius sembarang orang yang menyokong pengganasan dan/atau menyokong ajaran ekstremis dan pengasingan."
- Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >