Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendapatan isi rumah naik lebih tinggi

Pendapatan median dari pekerjaan bagi setiap anggota keluarga naik 2.8%
Jun 19, 2021 | 05:30 AM



ISI rumah penduduk Singapura meraih pendapatan lebih tinggi sejak sedekad lalu dengan lebih ramai tergolong dalam lingkungan pendapatan yang lebih tinggi.



Menurut dapatan bahagian kedua laporan Banci Penduduk 2020 oleh Jabatan Statistik Singapura (DOS) semalam, sepanjang sedekad lalu, pendapatan isi rumah median keseluruhan daripada pekerjaan meningkat 1.9 peratus setahun daripada $5,600 pada 2010 kepada $7,744 pada 2020.



Setelah mengambil kira saiz isi rumah, pendapatan isi rumah median daripada pekerjaan untuk setiap anggota keluarga meningkat 2.8 peratus - daripada $1,638 kepada $2,463.



Peningkatan ini dicerminkan dalam jumlah isi rumah yang meningkat dalam lingkungan pendapatan lebih tinggi.



Menurut dapatan itu, golongan meraih pendapatan sekurang-kurangnya $9,000 sebulan meningkat daripada 29.7 peratus pada 2010 kepada 44.2 peratus pada 2020.



Jumlah isi rumah yang meraih pendapatan sekurang-kurangnya $20,000 pula, telah meningkat lebih seganda daripada 6.6 peratus kepada 13.9 peratus.



Kumpulan ini sekali gus membentuk jumlah isi rumah yang terbesar pada tahun lalu, jelas laporan itu.



Ini berbanding dengan 2010 dengan golongan terbesar atau 16.2 peratus adalah mereka yang berpendapatan antara $3,000 dengan $4,999.



Perangkaan ini telah merosot kepada 10.6 peratus pada 2020.



Jumlah keseluruhan bagi mereka yang berpendapatan kurang $9,000 pula mencapai 42.6 peratus pada 2020, berbanding 59.8 peratus pada 2010.



Sementara itu, menjawab soalan tentang jurang pendapatan dan implikasinya terhadap ketidaksamaan, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, berkata dalam satu sidang media pada Rabu bahawa trend ini tidak banyak berbeza daripada yang berlaku di serata dunia.



"Apa yang kita buat dari segi mewujudkan peluang, pertumbuhan ekonomi, mengenal pasti bidang baru - jelasnya ada menunjukkan hasil," kata Cik Indranee, yang juga memantau isu penduduk.



"Tetapi pada masa sama, akan ada golongan yang tidak terlalu cemerlang. Dan anda akan ingat selepas pilihan raya 2015... kami telah mengenal pasti ketidaksamaan sebagai antara bidang yang akan diusahakan.



"Ini adalah sesuatu yang selepas pilihan raya terkini, kita telah mengatakan bahawa usaha akan diteruskan.



"Anda akan melihat lebih banyak penekanan terdapat usaha meningkatkan kemahiran, mereka pekerjaan, pemadananan pekerjaan dan dari sudut pendidikan juga, semua ini untuk membantu merangsang semua golongan dan meningkatkan pendapatan," ujar beliau.



Dalam pada itu, laporan tersebut juga mengenal pasti bahawa jumlah pasangan berumah tangga yang bekerja telah meningkat sepanjang sedekad lalu.



Misalnya, perangkaan pasangan suami isteri bekerja meningkat kepada 52.5 peratus berbanding 47.1 peratus pada 2010.



Ini sekali gus bermakna golongan ini menyumbang kepada lebih separuh daripada semua pasangan sudah berumah tangga pada 2020.



Bilangan isteri yang bekerja bertambah kepada 60 peratus berbanding 52.9 peratus.



Manakala jumlah suami sahaja yang bekerja merosot daripada 32.6 peratus kepada 24.9 peratus.



Sementara itu, jumlah pasangan berkahwin yang kededua pasangan mempunyai kelayakan setara, turut bertambah daripada 44.3 peratus kepada 46.6 peratus.



Bagi semua kumpulan kelayakan pendidikan suami, jumlah isteri yang mempunyai kelayakan lebih rendah daripada suami, juga merosot kepada 30.8 peratus pada 2010, berbanding 34.1 peratus pada 2020.



Jumlah isteri yang mempunyai kelayakan lebih tinggi daripada suami pula tidak banyak berubah iaitu pada 22.5 peratus berbanding 21.6 peratus.




SEKILAS DAPATAN BANCI PENDUDUK 2020 BERBANDING 2010



 • Golongan raih $9,000 ke atas - tumbuh 44.2% (29.7%)

 • Golongan raih $20,000 ke atas - naik lebih seganda kepada 13.9% (6%)

 • Golongan raih $5,000 - $8,999 - susut kepada 19.8% (24.9%)

 • Golongan raih $1,000 - $4,999 - merosot kepada 20.8% (31.4%)

 • Golongan raih $1,000 ke bawah - susut kepada 2% (3.5%)




''Dekad yang lalu menyaksikan pertumbuhan paling perlahan dalam bilangan penduduk kita. Lebih ramai warga Singapura kekal bujang dan mereka yang berumah tangga mempunyai anak lebih sedikit. Pengagihan kaum adalah stabil, tetapi kini kita mempunyai lebih ramai warga emas, yang lebih ramai tinggal bersendirian. Penduduk juga lebih berpendidikan. Bahasa Inggeris semakin kerap ditutur di rumah dan jumlah mereka yang tidak mempunyai agama meningkat. Pendapatan isi rumah median juga telah meningkat dan pemilikan rumah kekal tinggi. Kita perlu sedar tentang trend-trend ini dalam masyarakat kita, agar dasar dan pemikiran kita boleh mengikuti masa yang berubah, khususnya di tengah-tengah pandemik.''
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong menulis dalam satu pos di Facebook.




''Trend (penduduk) ini tidak banyak berbeza daripada yang berlaku di serata dunia. Apa yang kita buat dari segi mewujudkan peluang, pertumbuhan ekonomi, mengenal pasti bidang baru - jelasnya ada menunjukkan hasil. Tetapi pada masa sama, akan ada golongan yang tidak terlalu cemerlang. Dan anda akan ingat selepas pilihan raya 2015... kami telah mengenal pasti ketidaksamaan sebagai antara bidang yang akan diusahakan.''
- Cik Indranee Rajah, Menteri di Pejabat Perdana Menteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >