Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan inovatif jadikan RSAF lebih tangkas pertahan S'pura

Oct 08, 2022 | 05:30 AM



ANGKATAN Udara Republik Singapura (RSAF) telah memanfaatkan robotik, analisis data dan kecerdasan buatan (AI) agar lebih berdaya tahan dan cekap dalam operasi mereka.



Ini adalah bukti pendekatan tangkas dan inovatif yang diguna pakai oleh RSAF, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Encik Zaqy berkata demikian semasa membuat lawatan ke pangkalan udara Paya Lebar untuk menyaksikan latihan kesediaan yang dijalankan RSAF pagi kelmarin.



Dihoskan Komander Komand Generasi Kuasa Udara RSAF (APGC), Brigedier Jeneral (BG) Amos Yeo, Encik Zaqy diberi taklimat tentang peranan dan keupayaan operasi APGC.



Beliau turut melihat bagaimana RSAF menggunakan teknologi untuk kekal teguh dan berdaya tahan dalam menjana kuasa udara untuk RSAF dari keamanan hingga peperangan.



Encik Zaqy juga berinteraksi dengan kakitangan RSAF dan mengucapkan terima kasih atas dedikasi dan komitmen mereka untuk menjaga ruang udara Singapura.



Di samping itu, beliau menekankan bagaimana penggunaan teknologi akan membolehkan RSAF menjadi lebih tangkas, berdaya tahan dan cekap dalam menjana kuasa udara, selain menyatakan keyakinan terhadap kesediaan RSAF.



"Saya gembira melihat komitmen lelaki dan wanita RSAF terhadap pertahanan Singapura. Mereka mempamerkan tahap profesionalisme dan kerja berpasukan yang tinggi.



"Saya yakin dengan kesediaan operasi dan keupayaan mereka untuk dapat mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Singapura apabila mereka dipanggil," katanya.



APGC adalah salah satu daripada enam perintah RSAF.



Bertanggungjawab untuk menjana dan mengekalkan kuasa udara yang berkesan, tepat pada masanya dan teguh untuk mencapai misi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Ia turut menyelia penjanaan pesawat dan elemen kebolehoperasian pangkalan udara dalam setiap pangkalan udara RSAF untuk memastikan kejayaan pelancaran dan pemulihan pesawat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >