Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan lebih khusus penting bagi atasi isu diskriminasi yang kerap berlaku

Aug 04, 2023 | 04:41 PM



Pendekatan lebih fokus dalam menentukan ciri-ciri tersenarai di bawah rangka kerja perundangan bagi mempertingkat keadilan di tempat kerja penting bagi memastikan keberkesanannya dalam menangani isu diskriminasi yang lebih kerap berlaku.

Ini tidak bermakna diskriminasi berdasarkan ciri-ciri lain yang tidak tersenarai akan diterima, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, di sidang media berkaitan usulan Perundangan Keadilan di Tempat Kerja (WFL).

WFL merupakan perundangan pertama Singapura yang diusulkan bagi memberi pekerja perlindungan tambahan daripada diskriminasi serta memastikan kesaksamaan di tempat kerja. Ia dijangka diperkenal Julai 2024.

Menurut saranan Jawatankuasa Tiga Pihak bagi Kesaksamaan Tempat Kerja dalam laporan yang dikeluarkan pada Jumaat, rangka kerja perundangan itu lebih bersifat ‘khusus’ di peringkat awal pelaksanaannya.

Usul tersebut ditetapkan sebagai respons kepada maklum balas – yang diterima melalui rundingan yang diadakan berkaitan rangka kerja yang dikemukakan – supaya senarai ciri yang boleh ‘dipelihara’ daripada diskriminasi ditambah untuk merangkumi ciri lain termasuk rekod jenayah, identiti jantina dan orientasi seksual.

Di bawah usul tersebut, amalan diskriminasi berdasarkan lima ciri – termasuk jantina, agama dan bangsa – dilarang di bawah undang-undang.

Dalam sidang media itu, Dr Tan mendedahkan bahawa ciri-ciri yang disenaraikan dalam rangka kerja tersebut meliputi 95 peratus kes aduan berkaitan diskriminasi di tempat kerja.

“Dari segi meluaskan skop ciri-ciri ini, pada pendapat saya norma asas masyarakat perlu dipertimbang,” kata Dr Tan.

Namun, ini tidak bermakna langkah untuk meluaskan skop perundangan itu tidak akan dipertimbang dalam masa akan datang, tambahnya.

“Kami ingin melaksanakan (perundangan) ini dengan yakin serta mengekalkan nilai-nilai sedia ada.

“Ini tidak bermakna kita terima diskriminasi berdasarkan ciri lain... Kami akan terus menyemak berdasarkan kes-kes yang diterima, kerana (undang-undang) ini sesuatu yang akan terus diperbaiki,” kata Dr Tan.

Menurut laporan jawatankuasa itu, pekerja masih boleh mendapatkan perlindungan terhadap mana-mana bentuk diskriminasi di bawah garis panduan Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil dan Progresif (Tafep), meskipun ia tidak berdasarkan lima ciri yang tersenarai di bawah undang-undang itu.

“Memandangkan perundangan ini merupakan langkah penting, jawatankuasa ini mengusulkan agar ia meliputi skop khusus bagi memberi perlindungan terhadap diskriminasi yang lebih kerap berlaku, demi menyokong objektif sosial dan ekonomi utama kita,” menurut laporan itu.

Dibentuk pada Julai 2021, jawatankuasa tiga pihak itu dipengerusikan Dr Tan; Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng; dan presiden Persekutuan Majikan Nasional Singapura (Snef), Dr Robert Yap.

Undang-undang yang diusulkan itu akan meliputi 75 peratus pekerja, memandangkan syarikat yang mempunyai kurang 25 pekerja tidak terikat.

Ini bagi memberi syarikat kecil masa untuk menyesuaikan diri terhadap amalan yang lebih saksama di tempat kerja.

Menurut Dr Yap, majikan lebih rela tidak terikat pada undang-undang memandangkan ia boleh menjejas pertumbuhan perniagaan.

“Namun, kami faham akan keperluan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap majikan yang tidak mematuhi peraturan dan menghapuskan diskriminasi di tempat kerja pada akarnya,” kata Dr Yap semasa sidang itu.

Menurut Encik Ng, perundangan tersebut langkah penting ke arah tempat kerja yang lebih adil memandangkan ia menghalang amalan kurang baik.

“Saya berharap dalam tempoh lima tahun atau 10 tahun akan datang, orang ramai tidak lagi tahu akan butiran perundangan ini kerana kesaksamaan sudah tercapai di tempat kerja.

“Jika kita perlu menguatkuasakannya melalui undang-undang, ini bermakna kita tidak mempunyai tempat kerja yang baik,” ujarnya.

Rangka kerja perundangan WFL merangkumi 22 saranan, meningkat daripada 20 saranan yang dikemukakan dalam laporan interim sebelum ini.

  • ANTARA 22 SARANAN YANG DIKEMUKAKAN DALAM RANGKA KERJA PERUNDANGAN KEADILAN DI TEMPAT KERJA (WFL)
    • ‘Diskriminasi’ diberikan definisi sebagai “membuat keputusan pekerjaan berat sebelah berdasarkan ciri-ciri tertentu.”
    • Lima ciri ukuran ialah kewarganegaraan; usia; jantina, status perkahwinan, status kehamilan dan tanggungjawab sebagai penjaga; bangsa, agama dan bahasa; dan keadaan kurang upaya atau masalah kesihatan.
    • Majikan dilarang menggunakan perkataan atau frasa yang menampakkan keutamaan mereka berdasarkan ciri-ciri yang disenaraikan dalam iklan pekerjaan.
    • Majikan perlu menyediakan mekanisme pengendalian rungutan dan memudahkan akses bagi pekerja.
    • Pekerja dilindungi daripada tindakan balas kerana melaporkan diskriminasi dan gangguan di tempat kerja, dan diberi keyakinan bahawa identiti mereka akan dilindungi.
    • Majikan yang ingin mengambil pekerja kurang upaya atau yang sudah berusia (55 tahun ke atas) akan disokong.
    • Nasihat tiga pihak (tripartite advisory) bagi menggesa majikan menyesuaikan tempat kerja berdasarkan keperluan pekerja kurang upaya.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >