Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan pragmatik perlu bagi kurangi pelepasan karbon pengangkutan udara: Hong Tat

Sep 04, 2023 | 07:14 PM



Singapura sedang bekerjasama dengan Boeing, Meja Bulat mengenai Biomaterial Mampan (RSB) serta pihak berkepentingan serantau lain untuk mengkaji bagaimana Asean boleh memanfaatkan bahan mentah yang berpotensi seperti minyak sawit untuk pengeluaran Bahan Api Penerbangan Mampan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Walaupun minyak sawit tidak diterima secara meluas di bahagian lain di dunia kerana risiko alam sekitar, penggunaan minyak sawit harus dipertimbangkan, kata beliau dalam Dialog Peringkat Tinggi mengenai Pengangkutan Mampan di Asean pada Isnin.

“Kita harus mengambil pendekatan pragmatik berdasarkan sains dan bukti, bukan pendekatan ideologi serong dan dogma praanggap,” ujar beliau.

Bahan Api Penerbangan Mampan dianggap sebagai elemen penting dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dalam industri penerbangan global, sejajar dengan matlamat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Bagaimanapun, terdapat cabaran untuk meningkatkan pengeluaran bahan api itu kerana kosnya yang tinggi dan ketersediaannya yang terhad.

Oleh itu, kerjasama antarabangsa dan pendekatan saintifik diperlukan untuk memastikan bekalan Bahan Api Penerbangan Mampan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan industri penerbangan antarabangsa.

Menurut Encik Chee, Singapura juga sedang membangunkan Pelan Tindakan Penerbangan Mampan Asean di bawah Kumpulan Kerja Pengangkutan Udara Asean yang bertujuan meningkatkan pertumbuhan penerbangan yang mampan di rantau Asean, dengan penekanan utama pada Bahan Api Penerbangan Mampan.

Pelan itu menerima pengesahan di Mesyuarat Pegawai Pengangkutan Kanan Asean ke-55 pada Jun.

Encik Chee juga menyebut tentang usaha lain untuk mengurangkan pelepasan karbon dan tenaga termasuk penggunaan teknologi untuk mengoptimumkan operasi di lapangan terbang.

“Kini, kira-kira 20 peratus daripada kenderaan di Lapangan Terbang Changi adalah kenderaan elektrik. Kami telah menetapkan matlamat untuk menggantikan seluruh kenderaan di Lapangan Terbang Changi dengan kenderaan elektrik secara beransur-ansur di Changi” kata Encik Chee.

Kemajuan dalam teknologi pengurusan trafik udara dan konsep operasi juga boleh mengurangkan pelepasan karbon, kata beliau.

Contohnya, operasi berasaskan trajektori (TBO) akan membolehkan Pembekal Perkhidmatan Navigasi Udara untuk meningkatkan keselamatan dan kecekapan penerbangan, serta berpotensi mengurangkan penggunaan bahan api sehingga sebanyak 10 peratus.

Pada Jun, mereka telah berjaya memuktamadkan penerbangan demonstrasi TBO yang pertama di dunia dengan kerjasama Boeing bersama Thailand, Jepun dan Amerika Syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >