Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Pendekatan SFA tingkat pengeluaran di bawah pelan induk Lim Chu Kang

Bertujuan hasilkan 30% daripada keperluan pemakanan S’pura jelang 2030
Sep 02, 2023 | 06:25 PM



Lim Chu Kang, kawasan yang menempatkan ladang di sini, bakal menjadi sebuah kawasan luas berteknologi tinggi, yang mampu menghasilkan tanaman seperti sayur-sayuran serta ternakan ikan, dengan cara yang lebih berdaya tahan iklim dan menjimat tenaga.

Satu pameran pelan induk Lim Chu Kang – yang akan menjadi kunci dalam membolehkan Singapura menghasilkan 30 peratus daripada keperluan pemakanannya menjelang 2030 – telah diumumkan pada Sabtu di Safra Choa Chu Kang.

Antara pilihan yang sedang dipertimbangkan Agensi Makanan Singapura (SFA) termasuk “pendekatan ladang bertingkat”, menanam hasil dalam ruang bawah tanah bagi mengawal paras laut yang meningkat dan menggunakan panel solar rumah hijau untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui.

Berucap di pelancaran pameran itu, bertajuk ‘Feeding our Future: Building an Agri-Food Hub for All’, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata meningkatkan pengeluaran makanan tempatan adalah satu daripada tiga strategi yang sedang dilaksanakan Singapura untuk memastikan ketahanan bekalan makanan.


Ini amat penting di tengah-tengah peperangan di Ukraine yang berterusan di samping perubahan iklim yang akan terus menyaksikan corak cuaca yang “tidak menentu”, seperti musim kemarau yang berpanjangan dan hujan lebat yang lebih kerap.

“Pada 2024, kami menghadapi prospek kesan El Nino yang teruk di samping pemanasan global – ini diramal akan membawa kepada cuaca terlalu panas dan kering di banyak bahagian lain di dunia. Ini akan menjejaskan lagi hasil tanaman secara global,” kata Encik Wong.

Strategi lain untuk menjaga keselamatan makanan ialah dengan mempelbagaikan sumber import dan menyimpan barangan keperluan seperti beras, ayam sejuk beku dan sayur-sayuran dalam tin, tambahnya.

Memandangkan hanya sekitar satu peratus kawasan tanah Singapura telah diperuntukkan untuk kegunaan pertanian, SFA telah melakar pelan induk Lim Chu Kang untuk mengubah kawasan itu menjadi “kelompok makanan pertanian yang sangat produktif dan cekap sumber”.

SFA telah bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk agensi pemerintah dan industri, untuk meneroka idea-idea yang akan menggalakkan ladang mengeluarkan hasil yang lebih banyak.

Jumlah keluasan tanah yang bakal digunakan adalah sekitar 390 hektar, terdiri daripada tiga daerah berbeza, iaitu utara, timur laut dan selatan.

Daerah utara akan dibangunkan terlebih dahulu dan menunjukkan bagaimana pertanian dengan penghasilan tinggi boleh wujud bersama alam semula jadi.

Pelan induk itu juga bertujuan untuk memelihara ekologi dan kawasan alam semula jadi yang sedia ada, selain mengurangkan kesan terhadap alam semula jadi.

Lim Chu Kang telah menjadi tempat terletaknya beberapa kawasan sensitif ekologi, seperti Paya Simpanan Sungei Buloh dan Mandai Mangrove serta Mudflat.

Pendekatan ladang bertingkat mungkin terdiri daripada tiga tingkat, dengan pengeluaran makanan di ruang bawah tanah untuk tanaman seperti cendawan yang tidak memerlukan cahaya matahari dan akan hidup subur dalam keadaan lembap dan sejuk.

Sementara itu, ladang akuakultur seperti untuk ikan juga boleh ditempatkan di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >