Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pendekatan S'pura ialah lindungi pekerja: DPM Wong

Mar 26, 2023 | 05:30 AM



EKOSISTEM SkillsFuture akan diperkukuh, terutamanya dalam bidang latihan dan penempatan pekerjaan, untuk melindungi pekerja dengan lebih baik dalam perubahan ekonomi.



Bercakap di acara penutup Panel Rakyat mengenai Daya Tahan Pekerjaan pada Sabtu, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata pemerintah mengambil pendekatan bukan melindungi pekerjaan, kerana ini hanya akan menghalang penciptaan pekerjaan baru dan lebih baik.



"Pendekatan kita di Singapura ialah menggandakan usaha kita bukan untuk melindungi pekerjaan, tetapi untuk melindungi pekerja.



"(Ini) Bagi membantu setiap warga Singapura menjalani kemahiran semula, meningkatkan kemahiran dan beralih dengan lebih mudah untuk mengambil peluang pekerjaan baru," kata beliau semasa berucap di majlis di Pusat Perkhidmatan Kerjaya itu.



Dalam usaha ini, Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata majikan perlu turut terlibat kerana mereka yang mencipta pekerjaan.



"Jadi majikan perlu tahu cara membangun dan mengubah perniagaan mereka, cara mereka bentuk semula pekerjaan untuk mencapai matlamat ini, dan apa kemahiran yang mereka perlukan untuk pekerjaan masa depan," kata Encik Wong.



Penyedia latihan juga diperlukan bekerjasama rapat dengan majikan dan industri dalam melakar kursus berkesan untuk merapatkan jurang kemahiran dan memastikan pekerja yang tamat menjalani kursus itu mempunyai kemahiran yang diiktiraf dan memenuhi permintaan pasaran.



Pekerja juga perlu terlibat, melalui kesatuan sekerja dan juga secara langsung, kata Encik Wong.



Beliau akur dalam tenaga kerja terdapat segelintir yang memerlukan sedikit bantuan daripada pihak luar.



"Akan ada mereka yang jelas tentang apa yang mereka mahu lakukan berdasarkan kemahiran dan kebolehan mereka sendiri. Mereka akan membuat kajian kerja mereka, mereka akan menjalankan latihan sendiri. Kami mahu ramai lagi yang sebegini.



"Malangnya buat masa ini, saya fikir kumpulan ini hanya mencerminkan sebahagian kecil pekerja kita," ujarnya.



Sesetengah pekerja mungkin hanya mengikuti trend terkini - menjalani latihan dalam bidang yang nampak popular hari ini, tanpa mengambil kira apakah ia sesuai untuk mereka.



Ada pekerja mungkin tidak menyertai latihan langsung kerana pelbagai rintangan, termasuk cabaran kewangan, kata Encik Wong.



Beliau berkata Panel Rakyat mengenai Daya Tahan Pekerjaan itu dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem SkillsFuture.



Panel itu, yang mengadakan empat sesi perbincangan, dianjurkan oleh Institut Pengajian Dasar dan dibiayai oleh Ngee Ann Kongsi.



Sepanjang enam minggu, sekitar 66 peserta, terdiri daripada pekerja, majikan, pengantara pekerjaan dan penganggur, bertemu untuk menyarankan cara mengukuhkan daya tahan pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >