Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk 60 tahun, ke atas boleh dapat vaksin tanpa daftar

Jun 01, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK Singapura berumur 60 tahun dan ke atas boleh langsung pergi ke sembarang pusat vaksinasi dan mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.



Mereka tidak perlu mendaftar atau membuat janji temu terlebih dahulu.



"Kami akan memudahkan lagi proses ini buat anda. Pergi sahaja ke salah sebuah Pusat Vaksinasi, dan anda akan diberi suntikan di sana," kata Encik Lee, dalam ucapan mengenai situasi terkini Covid-19 yang disiarkan secara langsung semalam.



Dalam ucapannya, beliau mengumumkan usaha mempercepat vaksinasi Covid-19 di Singapura, dan memberi perkembangan tentang strategi Singapura dalam fasa berikutnya bagi menangani pandemik itu.



Encik Lee berkata respons warga emas terhadap vaksin amat baik sejauh ini, dengan hampir tiga suku, atau 73 peratus, warga emas berusia 60 tahun dan ke atas telah menerima vaksin atau menempah slot.



Tetapi masih ada sekitar 280,000 dalam golongan itu belum membuat janji temu vaksin.



Menggesa mereka tampil mendapatkan vaksin secepat mungkin, Encik Lee berkata: "Kebanyakan orang sebaya anda sudah pun mendapatkan vaksinasi, termasuk ramai rakan dan jiran anda.



"Presiden dan saya juga telah mendapatkan suntikan vaksin, begitu juga dengan rakan-rakan Kabinet saya. Vaksin ini selamat, dan ia akan membantu melindungi anda."



Encik Lee juga mengingatkan orang ramai tentang perkhidmatan vaksin di rumah. Mereka yang berada dalam lingkungan usia itu yang tidak boleh bergerak atau tidak dapat pergi ke pusat vaksinasi boleh memohon menerima suntikan di rumah.



Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Generasi Warga Emas di bawah Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), dan seorang doktor dan jururawat akan mengunjungi mereka di rumah untuk menjalankan vaksinasi.



"Bagi mereka yang mempunyai ibu bapa atau saudara-mara sudah berumur, harap beri dorongan kepada anggota keluarga anda dan memujuk mereka supaya mendapatkan vaksinasi," kata Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >