Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk, askar M'sia bantu enam penunggang motosikal S'pura terjejas bah di Johor

Jan 27, 2023 | 05:30 AM



SEORANG warga Singapura, Encik Sng Meng Lee, bersama lima rakannya menunggang motosikal dari sini menuju ke Terengganu kelmarin, namun mereka berhadapan situasi luar jangkaan apabila motosikal mereka meredah jalan yang banjir di Mersing, Johor.



Encik Sng, 45 tahun, sebahagian daripada konvoi enam motosikal berkuasa tinggi dari Singapura yang terjejas akibat banjir di negeri Johor baru-baru ini.



Dalam sebuah video selama 27 saat yang tular dalam talian, beliau dan rakan-rakannya dilihat hampir tenggelam dan sedang berusaha menyelamatkan diri dan motosikal mereka.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH) semalam, Encik Sng melahirkan perasaan lega kerana penduduk tempatan dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang meronda kawasan itu membantu mereka apabila terkial-kial untuk mengawal motosikal mereka ketika mereda banjir itu.



"Ini kali pertama ia terjadi pada kami, yang sering melakukan perjalanan dari Singapura ke Malaysia dengan menunggang motosikal.



"Saya lega sangat ia terjadi pada saat itu, ketika anggota Angkatan Tentera Malaysia dikerah membantu penduduk tempatan menyeberang jalan tersebut.



"Penduduk di sana juga turut menghulur bantuan untuk memastikan motosikal kami dapat ditarik keluar dari air," katanya.



Menurut Encik Sng, seorang jurugambar, beliau dan rakan-rakannya sering melakukan perjalanan jauh menunggang motosikal berkuasa tinggi dari Singapura hampir setiap hujung minggu.



Beliau dan rakan-rakannya merancang untuk melakukan perjalanan selama empat hari ke Terengganu.



Sebagai persiapan untuk perjalanan kali ini, bapa dua anak kecil itu berkata mereka sudah memantau keadaan untuk merancang laluan mereka.



Namun, apabila tiba di sana, mereka tidak menyangka keadaan itu akan berlaku.



"Sebelum ini, saya pernah menggunakan jalan lintas air di serata dunia, seperti sungai di Himalaya, jadi saya ingat ini mungkin sesuatu yang kami dapat lalui.



"Jadi ketika menunggang di laluan yang dinaiki air itu, kami mengekori kereta secara perlahan. Bagaimanapun, dihanyut apabila terdapat air yang deras," jelasnya.



Akibat kejadian itu, salah sebuah motosikal konvoi tersebut rosak dan terpaksa dibawa kembali ke Singapura oleh trak tunda.



Barangan peribadinya, seperti kamera, turut rosak akibat kejadian itu.



Namun, kejadian itu tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan perjalanan.



Petang semalam, Encik Sng berkata beliau telah tiba di Tasik Kenyir di Terengganu dan sedang melakukan perjalanan kembali ke Kuantan, Pahang.



Hingga petang semalam, jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 5,528 orang daripada 1,536 keluarga.



Mereka yang terjejas ditempatkan di 58 pusat pemindahan sementara di tujuh tempat di Johor setakat 12 tengah hari semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >