Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk gotong-royong padam api di Bukit Batok dengan anggota bomba

Oct 06, 2023 | 09:39 PM



Beberapa orang awam telah bekerjasama dengan pegawai bomba untuk cuba memadamkan satu kebakaran seluas padang bola sepak di sebuah plot tanah lapang di Bukit Batok petang Khamis.

Menggunakan paip air dan alat pemadam api, penduduk berkenaan juga telah bertindak dengan membantu pegawai bomba mengangkat getah paip ke tempat kejadian untuk cuba menyekat api yang semakin merebak di kawasan rumput tanah lapang dekat Bukit Batok Street 22 itu.

Malah, atas tindakan dan keputusan mereka untuk membantu menangani kebakaran itu, mereka bakal menerima pujian oleh Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), kata agensi itu dalam kenyataannya kepada Berita Harian.


Kejadian itu ditunjukkan dalam beberapa video dimuat naik TikTok oleh pengguna bernama Catherine Ann (@cathysshi02).




@cathysshi02

@Singapore Civil Defence Force Grassfire here in Bukit Batok! Me and my bf just passing by when suddenly theres fire behind us ..

♬ original sound - Cathy R - Cathy R



Ia berlaku pada Khamis sekitar 2 petang dan tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam salah satu video, Cik Catherine merakam seorang lelaki sedang menyiram air ke kawasan rumput tanah lapang yang kelihatan hangus dan berasap dengan menggunakan paip air.

Satu lagi video dimuat naiknya menunjukkan beberapa orang lain telah menyertai usaha itu untuk cuba memadamkan api tersebut yang semakin marak.

Pada awalnya, seorang lelaki kelihatan berpakaian baju kemeja putih kelihatan cuba memadamkan api itu dengan menggunakan alat pemadam api.







Dalam catatannya Cik Catherine berkata lelaki tersebut merupakan teman lelakinya yang telah menghubungi SCDF dan bergegas ke sebuah kedai kopi berdekatan untuk mendapatkan alat pemadam api itu.

Namun tugas itu terlalu mencabar baginya melakukan bersendirian.

“Malangnya cuaca terlalu panas, api membesar dengan kadar yang sangat pantas dan tangannya mula lenguh dan berpeluh,” kata Cik Catherine.

Satu kenderaan SCDF juga kelihatan sudah tiba di tempat kejadian dan beberapa pegawai kemudian pergi ke arah teman lelaki Cik Catherine itu.

Pegawai tersebut dilihat cuba memadamkan api tersebut dengan memukulnya menerusi satu alat.

Sementara itu, dari jauh pula, sekurang-kurangnya dua lelaki lain kelihatan menggunakan paip air untuk membantu memadamkan api itu.

Namun suasana keadaan kelihatan semakin cemas, apabila pegawai bomba berhenti daripada memukul api tersebut dan memutuskan untuk menggunakan jet air. Beberapa kenderaan dan pegawai polis juga dilihat hadir di tempat kejadian.

Sekumpulan orang dipercayai berada di dalam bangunan sebelah tempat kejadian nampaknya telah disuruh untuk berpindah sementara.

Pada saat itu, seorang lagi lelaki, berpakaian baju kemeja hitam, bergegas untuk membantu pegawai bomba dengan memikul segulung paip air dari kenderaan SCDF itu.

Kedengaran pejalan kaki lain yang bertanya: “Anda perlukan bantuan tak?”







Mereka kemudian memadamkan api berkenaan dengan jet air dengan lelaki tersebut membantu mereka mengangkat sebahagian paip air itu.

Dalam kenyataannya, SCDF berkata ia menerima panggilan terhadap kejadian itu di 2 Bukit Batok Street 22 pada 2.15 petang.

Kebakaran melibatkan kawasan rumput seluas 50 meter dan sepanjang 100 meter, hampir seluas sebuah padang bola sepak.

SCDF berkata api tersebut dipadamkan dengan jet air dan tiada kecederaan dilaporkan.

Siasatan sedang berterusan.

Agensi itu menambah, difahamkan sebelum SCDF tiba di tempat kejadian, beberapa orang awam telah cuba memadamkan api itu.

“SCDF akan mendekati individu-individu tersebut untuk memberi pujian atas keputusan dan tindakan pantas mereka.”




@cathysshi02

Fire started ard 2pm when me and my bf just passing by and suddenly we saw the grass was on fire behind us. My bf called scdf right away and while waiting for them to come he ran over to the nearest kopitiam and took the extinguisher to control the fire.. unfortunately weather is really too hot, fire starting to get bigger very fast and my hands getting numb & shaky & sweaty 🥵🥵😖 fire out ard 2.45pm and thankfully yes nobody was hurt 🙏🏻 only my bf crocs some jibbitz were missing..he say they sacrifice themselves ready🤣🤧🤦🏻‍♀️

♬ original sound - Cathy R - Cathy R

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >