Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Haig Road jadi 'petani' bertingkat

Proses cucuk tanam turut semai keakraban antara penduduk
Aug 12, 2021 | 05:30 AM



SELEPAS hampir sebulan bercucuk tanam, Usahatani Vertikal Masyarakat di Geylang Serai menghasilkan tuaian pertamanya pada Isnin lalu.



Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Geylang Serai, Mayor Daerah South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, menyertai seramai 30 penduduk menuai sayur-sayuran segar itu dan mengedarkannya kepada penduduk yang memerlukan.



Antara sayur-sayuran yang dituai termasuk kubis, sawi dan kailan.



Sebilangan penduduk yang menetap di Blok 1, Haig Road, menanam kumpulan anak benih pertama pada 10 Julai lalu dan telah memberikan komitmen mereka terhadap projek perintis ini.



Projek tersebut menyediakan wadah bagi mendorong interaksi antara penduduk di situ sambil memperkukuh lagi jalinan masyarakat di Geylang Serai.



Dalam masa yang sama, ia juga diharap dapat memupuk sikap berjiran melalui tanggungjawab bersama dalam kalangan penduduk dengan melakukan penjagaan rutin tanaman itu secara bersama setiap hari.



Sebanyak 84 pasu tanaman telah diletakkan di setiap tingkat Blok 1, Haig Road itu.



Menerusi catatan di Facebook, Encik Fahmi berkata hasil tuaian itu hanya dapat dilakukan dengan komitmen dan masa yang diluangkan oleh penduduk untuk mengurus tanaman tersebut sejak sebulan lalu.



Beliau juga gembira penduduk di situ telah menjalin hubungan lebih akrab menerusi daya usaha tersebut.



"Semasa berkongsi dengan penduduk, saya gembira dapat tahu bahawa inisiatif sederhana yang dijalankan oleh pemimpin kawasan akar umbi saya telah memberi mereka peluang bertemu dengan jiran baru dan berinteraksi dengan orang lain yang pernah mereka lihat sebelumnya tetapi selalu malu untuk mendekati.



"Oleh itu, saya ingin menggalak lebih ramai penduduk untuk ke hadapan dan menyertai pasukan 'petani' kami di Blok 1," kata beliau.



Menurut beliau lagi, walaupun jumlah yang dituai tidak sebanding dengan apa yang dihasilkan ladang komersial, ia merupakan satu langkah kecil yang diambil Geylang Serai dalam beralih ke arah kemampanan.



"Di Geylang Serai, kami sentiasa terbuka dalam meneroka idea baru yang dapat merapatkan lagi hubungan antara penduduk, dan saya juga menggesa agar penduduk mengongsi idea mereka bersama kami," ujarnya.




"Semasa berkongsi dengan penduduk, saya gembira dapat tahu bahawa inisiatif sederhana yang dijalankan oleh pemimpin kawasan akar umbi saya telah memberi mereka peluang bertemu dengan jiran baru dan berinteraksi dengan orang lain yang pernah mereka lihat sebelumnya tetapi selalu malu untuk mendekati.

Oleh itu, saya ingin menggalak lebih ramai penduduk untuk ke hadapan dan menyertai pasukan 'petani' kami di Blok 1."

- Mayor Daerah South East, Encik Mohd Fahmi Aliman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >