Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk S'pura minum, beli air botol tertinggi per kapita: Kajian

Mar 23, 2023 | 05:30 AM



PENDUDUK Singapura merupakan golongan yang meminum dan membeli air botol pada jumlah tertinggi per kapita berbanding negara lain, lapor satu kajian antarabangsa yang dikeluarkan baru-baru ini.



Diterbit pada Mac 16, kajian oleh Institut bagi Air, Sekitaran dan Kesihatan Universiti Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu itu menyelidik pasaran global bagi air botol dan meniliti kesan industri itu terhadap sasaran pertumbuhan kemampanannya.



Kajian itu meletakkan Singapura di kedudukan pertama dan Australia di tempat kedua berdasarkan pulangan tahunan sedunia serta jumlah air yang dijual bagi per kapita, lapor The Straits Times.



Menurut kajian itu, setiap orang di Singapura membelankajan sebanyak AS$1,348 ($1,800) bagi air botol dan meminum sebanyak 1,129 liter air daripada sumber itu pada 2021, berbanding rakyat Australia yang membelanjakan AS$386 dan meminum 504 liter setiap orang.



Amerika Syarikat, Indonesia dan Malaysia berada dalam kedudukan lebih rendah dari segi penggunaan dan perbelanjaan air botol berbanding Singapura.



Pakar memberitahu bahawa beberapa alasan seperti betapa ia mudah untuk membeli dan meminum daripada air botol, kesediaan dan harganya yang berpatutan di kedai-kedai di sini boleh dikaitkan sebagai sebab mengapa Singapura berada di tempat pertama pengguna air botol yang tertinggi.



Dr Corinne Ong dan Dr Maki Nakajima, penyelidik di Institut Dasar Awam Lee Kuan Yew bagi Sekitaran dan Kemampanan (IES), Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata bahawa penggunaan tinggi botol air itu mungkin disebabkan oleh kesediaannya yang berleluasa di pasaran dan harganya yang murah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >