Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penduduk Yishun temui hampir 30 burung merpati mati, pengsan

May 31, 2023 | 02:28 PM



HAMPIR 30 ekor burung merpati, kebanyakannya mati atau pengsan, ditemui di antara Blok 436 dengan Blok 438 di Yishun Avenue 11 pada petang 22 Mei.

Seorang penduduk Yishun, yang ingin dikenali sebagai Cik Aishah, berkata beberapa burung merpati itu bergelut, mengepakkan sayap mereka semasa di atas tanah.

Cik Aishah, 28 tahun, turut ternampak beberapa kanak-kanak bermain berhampiran kawasan itu kira-kira pada jam 6 petang hari itu, ketika beliau dalam perjalanan untuk menjemput adiknya dari sekolah.

Burung merpati itu masih ada ketika beliau kembali untuk memeriksa empat jam kemudian pada pukul 10 malam.

“Ini kali pertama saya melihat burung merpati mati di kawasan itu,” kata Cik Aishah.

Cik Aishah menghubungi Persatuan berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (Acres), yang tiba di tempat kejadian dalam masa sejam.

“Ia sangat menyedihkan dan tidak berperikemanusiaan untuk melihat bukan hanya sedikit tetapi kira-kira 20 burung mati di tempat laluan berjalan, beberapa dengan haiwan peliharaan mereka, dan dengan kucing liar dan kanak-kanak di sekeliling. Ia tidak selamat,” tambah Cik Aishah.

“Beberapa kanak-kanak yang bermain di tempat burung ditemui, masih sangat kecil. Mereka mungkin berumur kurang daripada empat tahun.”

E-mel yang dihantar kepada Cik Aishah daripada wakil Majlis Bandaran Nee Soon berkata terdapat “rawatan merpati berjadual” pada hari itu, yang dilakukan untuk menguruskan populasi merpati. Ini kerana ia telah membawa isu kebersihan dan kesulitan kepada penduduk.

E-mel itu juga menyatakan bahawa pembersih biasanya akan hadir semasa dan selepas rawatan untuk membersihkan bangkai itu.

Ia menambah bahawa majlis bandaran itu “kecil hati” mendengar bahawa pembersihan tidak dilakukan tepat pada masanya.

Wakil majlis bandaran itu menambah bahawa petugas pembersihan diberi amaran supaya lebih berwaspada semasa operasi sedemikian, supaya bangkai yang terlepas tidak mendatangkan bahaya.

Ketua eksekutif bersama Acres, Cik Anbarasi Boopal berkata bahawa 20 burung merpati ditemui mati apabila pasukan penyelamat tiba malam Isnin lalu.

Manakala tujuh lagi dibawa masuk dan dirawat oleh pasukan itu.

Burung-burung itu diperhatikan berkedut dan menggeletar, mata tertutup sementara tidak dapat berjalan atau berdiri dengan betul, kata Cik Anbarasi, yang menambah bahawa ini sejajar dengan kesan ubat yang boleh digunakan untuk memusnahkan burung, dipanggil alpha-chloralose (AC).

“Ia membuatkan burung hilang keupayaan untuk mengawal suhu badan, atau mempertahankan diri daripada bahaya dengan terbang atau bergerak,” kata Cik Anbarasi.

Menteri Negara Kanan bagi Pembangunan Negara, Cik Sim Ann memberitahu Parlimen pada 2021 bahawa Lembaga Taman Negara (NParks) telah bekerjasama dengan majlis bandaran untuk menggalakkan mereka menjauhi penggunaan toksin dan mengamalkan langkah dan amalan kawalan haiwan yang berperikemanusiaan dan selamat.

Namun, Acres telah menyelamatkan lebih 1,000 burung beracun dalam tempoh dua tahun lalu, kata Cik Anbarasi.

Beliau menambah bahawa AC boleh dicampur ke dalam umpan makanan yang diberi kepada merpati, kerana pasukan penyelamat telah memerhatikan nasi dan roti dibaling oleh pengendali kawalan merpati.

“Kami berharap lebih banyak langkah diambil untuk mengurangkan populasi merpati dengan berkesan menggunakan pendekatan pengurangan makanan dan menamatkan pemberian makanan oleh penduduk,” kata Cik Anbarasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >