Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan pertama dari Jerman tiba di S'pura

Penerbangan tersebut merupakan skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) dibuka kepada Jerman dan Brunei
Sep 09, 2021 | 05:30 AM



PENERBANGAN pertama yang membawa penumpang dari Jerman di bawah skim bebas kuarantin telah mendarat di Singapura petang semalam.



Pesawat SQ325, dikendalikan oleh syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA), mendarat di lapangan terbang Changi Airport sekitar 5.36 petang.



Ia berlepas dari Frankfurt pada 10 malam waktu tempatan pada Selasa, atau 4 pagi pada Rabu, waktu Singapura, menurut laporan The Straits Times.



Pesawat berkenaan dijangka mendarat di Terminal 3 pada 4.25 petang tetapi ia tiba lebih lewat kerana harus mengambil laluan lain bagi mengelak ruang udara Afghanistan.



Pendaratan pesawat SQ325 itu menandakan bermulanya skim Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL), yang dibuka kepada Jerman dan Brunei.



Skim ini membolehkan pengunjung dari Jerman dan Brunei yang telah divaksin sepenuhnya memasuki Singapura tanpa perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Di bawah skim ini, pelawat sudah divaksin akan menjalani empat ujian reaksi rantai polimerase (PCR) Covid-19, sebagai ganti kuarantin dan harus mematuhi syarat lain seperti mengambil penerbangan VTL di Singapura.



Wartawan penerbangan yang berpangkalan di Jerman, Encik Andreas Spaeth, 55 tahun, yang menaiki penerbangan itu berkata beliau gembira dapat bergerak dan menaiki pesawat SIA sekali lagi serta memuji syarikat penerbangan itu di atas khidmatnya.



Beliau melawat Singapura sebagai sebahagian daripada lawatan media yang dianjurkan oleh SIA dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).



Kali terakhir Encik Spaeth berkunjung ke negara ini ialah pada 1986.



"Ia amat menggembirakan untuk merasakan suasana lebih normal dalam pergerakan apabila dapat ke Singapura lagi.



"Tetapi saya agak gelisah tentang semudah mana prosedurnya nanti apabila di Changi," kata Encik Spaeth.



Sementara Brunei masih ditutup untuk pergerakan senggang, Jerman telah dibuka kepada pelawat dari Singapura sejak Oktober tahun lalu.



Ini bermakna penduduk Singapura boleh menggunakan skim VTL untuk bergerak tanpa kuarantin di kededua negara.



Permulaan VTL yang berjaya itu telah memberi kelegaan kepada ejen pelancongan dan bakal pelawat, yang khuatir skim berkenaan mungkin dibatalkan - sebagaimana yang berlaku pada gelembung perjalanan udara Singapura dan Hongkong.



Rancangan bagi pergerakan bebas kuarantin antara Singapura dan Hongkong sepatutnya dilancarkan pada November lalu tetapi telah tertunda beberapa kali kerana keadaan Covid-19 yang tidak stabil di kededua negara.



Ia dibatalkan bulan lalu tanpa sebarang penerbangan dilaksanakan.



Sementara itu, Encik Steven Ler, presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas) berkata:



"(Penerbangan VTL pertama) ini tentunya menghakis tabu yang kita lihat pada masa lalu."



Tambah Encik Ler, pembukaan semula Jerman adalah satu permulaan yang baik bagi pergerakan senggang antarabangsa, dengan agensi pelancongan sudah menerima pertanyaan mengenai lawatan ke Jerman pada cuti akhir tahun.



"Kami berharap untuk melihat keadaan yang lebih rancak dan ini akan memberikan lebih banyak keyakinan kepada mereka yang masih mengambil pendekatan tunggu dan lihat," terang Encik Ler.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >