Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penerbangan SIA dari Copenhagen-S'pura dilencong ke Moscow dek kecemasan perubatan libatkan kru kabin

SIA
Jul 06, 2021 | 12:13 AM



PENERBANGAN pesawat Singapore Airlines (SIA) dari Copenhagen ke Singapura dilencongkan ke Moscow kerana berlaku kecemasan perubatan melibatkan salah seorang kru kabin. 



SQ351 yang bertolak dari Singapura pada Sabtu (3 Julai) pada 7.41 malam (waktu Singapura) mendarat di Lapangan Terbang Domodedovo di Moscow sekitar tiga jam lapor media Russia, Interfax.



Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times, seorang jurucakap SIA mengesahkan kecemasan tersebut yang melibatkan kru kabinnya.



Setibanya di Moscow, beliau dibawa ke hospital terdekat dan diperiksa doktor, tambah jurucakap itu sambil menambah kru kabin itu sudah dibenarkan pulang dari hospital selepas keadaannya mantap.



Urusan membawanya pulang kembali ke Singapura sudah dibuat SIA.



Menurut laman jejak penerbangan Flightstats, pesawat itu bertolak dari Lapangan Terbang Domidedovo sekitar 12.50 pagi (waktu Singapura) pada Ahad dan tiba di Lapangan Terbang Changi pada 10.55 pagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >