Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERADUAN MENULIS CERPEN BH/NAC

Pengadil: Cerpen menarik harus ringkas tapi berkesan kepada pembaca

Jul 11, 2016 | 05:30 AM



SEBUAH cerpen yang menarik tidak memerlukan subjek terlalu rumit. Ia seharusya ringkas tetapi tetap berkesan terhadap pembaca.



Cebisan-cebisan hidup harian juga boleh dijadikan renungan dan sandaran dalam menghasilkan cerpen atau karya lain yang mempunyai tema bermutu.



Demikian ditekankan salah seorang pengadil bagi peraduan menulis cerpen 'Mencari Kristal', Cik Hanim Mohd Saleh, yang juga Editor (Gaya Hidup, Seni & Hiburan) Berita Harian (BH).



Beliau bersama lima pengadil lain akan mengadili manuskrip cerpen yang dihantar peserta peraduan anjuran BH dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) itu.



Lima pengadil lain adalah penyunting BH, Cik Dewani Abbas; Sasterawan, Encik Hamed Ismail, Encik Jamal Ismail dan Encik Juffri Supa'at; dan karyawan teater, Encik Noor Effendy Ibrahim.



Cik Hanim, yang juga penyelaras bagi ruangan sastera akhbar ini sejak 2013, berkata terdapat beberapa ciri tertentu yang diperhatikan dalam memilih cerpen mahupun sajak untuk diterbitkan di akhbar.



"Dalam memilih karya sastera, saya akan cuba mendapatkan karya yang mengandungi susunan bahasa yang cenderung kepada kesusasteraan, di mana dalam kelembutan ada ketajamannya.



"Selain itu, saya juga akan pastikan bahawa mesej yang ingin disampaikan itu tidak terlalu direct, tetapi satu mesej yang dapat direnungkan," katanya.



Beliau menambah bahawa penilaian yang dilakukan dalam pertandingan 'Mencari Kristal' itu sama seperti apa yang dilakukan bagi karya yang disiarkan dalam akhbar.



"Walaupun tema pertandingan ini adalah 'Debar Cinta', saya harap peserta dapat menghasilkan cerpen dengan tema yang relevan pada masyarakat," ujar beliau.



Pendedahan serta pengalaman Cik Hanim dalam bidang sastera bermula sejak beliau berusia belasan tahun ketika aktif melibatkan diri dalam Kumpulan Pemuisi Remaja (KUPUJA), iaitu cabang belia Asas '50 pada tahun 1980-an.



"Sebelum mula bekerja di BH, saya aktif menulis dan menyumbang karya, sajak dan cerpen kepada akhbar ini.



"Saya dan kumpulan KUPUJA juga sering mempersembahkan karya kami kepada ramai," katanya yang aktif dalam kumpulan itu hingga usianya mencecah 20-an tahun dan mula bekerja.



Cik Hanim berkata projek 'Mencari Kristal' ini dapat menyemarakkan lagi minat penggemar bahasa dan sastera untuk berkarya.



Cik Hanim menambah: "Sastera yang baik adalah sastera yang mengandungi bahasa 'sepoi-sepoi' tapi mempunyai maksud yang mencuit hati atau menyentuh hati.



"Saya berharap peserta dapat mencabar keupayaan mereka sendiri dan menjangkau lebih daripada apa yang mereka telah lakukan sebelum ini dan menghasilkan karya yang bermutu."



Pihak penganjur telah pun menerima beberapa karya peserta.



Ia dibuka kepada semua termasuk pelajar. Penyertaan pelajar peringkat menengah, maktab rendah, serta posmenengah dialu-alukan agar berpeluang mengembangkan lagi keupayaan menulis.



Daripada penyertaan tersebut, panel pengadil akan memilih 35 peserta pusingan pertama yang layak menyertai enam bengkel percuma sebelum karya kumpulan itu diadili lagi bagi menentukan lapan finalis.



Kirimkan penyertaan anda ke e-mel mencarikristal@sph.com.sg.



Tarikh penutup peraduan adalah 22 Julai ini.



Untuk keterangan lanjut sila layari Butiran lanjut boleh didapatkan menerusi laman http://mencarikristal.sg.




"Sastera yang baik adalah sastera yang mengandungi bahasa 'sepoi-sepoi' tapi mempunyai maksud yang mencuit hati atau menyentuh hati. Saya berharap peserta dapat mencabar keupayaan mereka sendiri dan menjangkau lebih daripada apa yang mereka telah lakukan sebelum ini dan menghasilkan karya yang bermutu."
- Cik Hanim Mohd Saleh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >