Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman datuk jadi inspirasi; khidmat cemerlang diiktiraf SAF

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



MENDENGAR kisah dan pengalaman arwah datuknya mengenai kehidupan semasa pendudukan Jepun semasa beliau masih kecil, meninggalkan kesan dalam dirinya.



Mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, Pegawai Waran Kanan (SWO) Omar Osman mengongsi bahawa kisah-kisah arwah datuknya itu menimbulkan hasrat untuk melindungi negara.



SWO Omar, kini 48 tahun, menggalas jawatan sebagai Sarjan Mejar Divisyen/Infantri Singapura yang kesembilan. Beliau telah berkhidmat bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) selama 26 tahun, sejak 1996.



Bapa dua anak itu telah menyumbang kepada pembentukan SAF yang berkebolehan.



Atas dedikasinya, SWO Omar merupakan antara 526 kakitangan Kementerian Pertahanan (Mindef) dan SAF yang menerima Pingat Bakti Setia (Tentera).



Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, telah menyampaikan pingat itu di upacara Istiadat Anugerah Hari Kebangsaan di Auditorium Mindef pada Selasa.



Turut menghadiri upacara itu ialah Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, dan Panglima Angkatan Pertahanan Leftenan Jeneral Melvyn Ong.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >