Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengalaman, kesabaran lalui Covid perkukuh umat Islam S'pura, kata Mufti

Yakin nilai-nilai yang terpapar terus bersinar Ramadan ini
Mar 13, 2023 | 05:30 AM



SEDANG masyarakat Islam menyambut Ramadan pada tahun ini dalam keadaan Dorscon (Syarat Sistem Respon Wabak Penyakit) hijau dan kegiatan keagamaan dapat dilaksanakan dalam skala lebih besar di masjid, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak lupa akan pengajaran yang diraih daripada pandemik Covid-19 yang telah menjejas Ramadan pada tahun-tahun lalu.



Demikian yang ditekankan Dr Nazirudin sewaktu menyampaikan tazkirah di acara pelancaran Gerakan SalamSG (SSGM) musim kedua tahun ini yang bertujuan mengadakan pelbagai kegiatan sepanjang Ramadan dan Zulhijjah.



Acara itu turut dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat A. Rahman.



Ditemui wartawan di Masjid Khalid pada Ahad, Dr Nazirudin berkata:



"Kita perlu menyambut ketibaan Ramadan dengan penuh kesyukuran. Kalau dahulunya kita bersabar dengan beberapa perubahan dan penyesuaian yang perlu dibuat tatkala masjid ditutup dan jumlah ataupun angka para jemaah terpaksa dikurangkan, sekarang ini kita dapat mengembalikan banyak aktiviti dengan juga menerima lebih ramai jemaah seperti sedia kala."



Dr Nazirudin melahirkan harapan agar nilai-nilai yang diraih seperti salam, kesejahteraan, rahmah, keihsanan terus dikukuhkan lagi dalam masyarakat.



"Saya khuatir jika kita terlupa pada pengajaran daripada pandemik yang lalu, kita mungkin hilang nilai-nilai tersebut dan tersilap dalam melaksanakan kehidupan keagamaan di mana nilai dan ibadah itu sentiasa berkait rapat dan dianggap sebagai satu dan bukan terpisah," tambahnya.



SSGM telah memperkenalkan inisiatif baru yang memudahkan para jemaah memberi derma dan membayar zakat.



Para jemaah yang mengunjungi masjid tertentu di Singapura kini hanya perlu mengimbas kad debit/kredit mereka di kios layan diri yang ditubuhkan di masjid jika ingin berbuat demikian.



Usaha baru ini dirintiskan di 16 masjid di serata Singapura, antaranya ialah Masjid Darul Ghufran, Masjid Al Mukminin, Masjid An-Nur, dan Masjid Sultan.



Pengerusi SSGM, Encik Shamsul Hadi Jangarodin berkata:



"Sekarang masyarakat kita lebih terdedah atau terbiasa dengan kaedah digital. Memandangkan masjid kita sekarang membolehkan lebih ramai jemaah untuk datang, jadi kita ingin memudahkan dan memberi satu lagi pilihan baru kepada jemaah kita dengan membolehkan mereka membuat bayaran zakat dan derma kepada masjid menerusi kios layan diri."



Beliau menambah mereka sedang menguji kaedah ini sebelum memperkukuhnya dan meluaskan ke masjid lain.



Tahun ini, SSGM akan meneruskan tema 'Suburkan Salam. Sebarkan Rahmah', dengan pilihan perkataan 'salam' bertujuan menyampaikan mesej rasa positif dan optimis menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Antara kegiatan lain ialah Cabaran Belia Ramadan (RYC) di setiap kelompok masjid bagi menggalakkan penyertaan belia, dan 'Quran Hour' yang menyaksikan kerjasama empat masjid sempena Nuzul Quran.



"SSGM sedar akan penyesuaian pandemik oleh Muslim Singapura untuk mendapatkan kandungan keagamaan dalam talian. Dengan kelonggaran langkah pengurusan selamat yang membenarkan lebih banyak kegiatan fizikal disambung semula, SSGM menghubungkan kedua-dua norma bersama sedang negara bergerak ke arah sekitaran pascaCovid. Kegiatan boleh terus mempunyai elemen hybrid, sedang wadah dalam talian membolehkan penyertaan dan jangkauan lebih luas merentas masyrakat," kata Muis.



SSGM akan menyeleras pelbagai program masjid dan menghebahkannya di www.muslim.sg/salamsg supaya lebih ramai Muslim Singapura dapat meraih manfaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >